Akhirnya tamat sudah novel nie… kisahnya betul2 menarik minat aku untuk terus membaca… puteri bayu irnani dan shah asmara… nama yg agak pelik… bayu menemui shah melalui mimpinya enam tahun yg lepas dan shah menemui bayu melalui doanya… mimpi???? Itu yg membuatkan aku betul2 tertarik… mimpi2 itu menjelma kembali menggangu hidup bayu… mimpi yg meresahkan fikiran… mimpi yg mula menuntut hak untuk berada di hati kecilnya… puas ditepis dan ditolak, tapi semakin dekat, hingga membuatkan bayu merantau dari amerika ke Hawaii dan sehinggalah ke Malaysia untuk mencari siapakah gerangan yg ingin mendampingi cintanya… mimpi dan cinta beriringan meeragut usianya setiap tahun…. Semoga yg dikurniakan adalah yg terpilih dan bukan daripada hasutan syaitan… pertemuan pertama shah asmara dan bayu irnani diakhiri dengan perkhawinan, tapi Cuma mampu bertahan selama tiga bulan sahaja… shah pergi untuk selamanya… bayu reda akan apa yg telah ditentukan…. Tapi kisahnya x berakhir disini sahaja, masih ade lagi sambungan nya… kalau nak tahu bace lah novel nie… novel nie betul2 sedih… hingga boleh membuatkan aku menangis… hehehehe… kelakar kalau diingatkan aku menangis hari tu… betul2 emosi…