cinta bersyarat


tipu : suka
bohong : tak suka
jujur : tak pasti
benar : tak tahu lah !
aku tak berani nak menyatakan sendiri tentang perasaan aku terhadap dye... dia muncul tanpa diundang.. dia datang dengan ketidakwarasan akalku sendiri..aku keliru ketika itu.. ya ! kehidupan aku memang selalu keliru.. kerana aku selalu fikirkannya..
perjumpaan pertama aku dengannya ketika kami berada di gelangang badminton... hahaha...
satu situasi yang amat kelakar...  pertanyaan aku tidak diendahkan olehnya... membuatkan aku berasa segan untuk menanyakan soalan yg seterusnya...
akhirnya aku membuat keputusan untuk bertanyakan soalan padanya melalui seseorang...
keadaan dia masa tu amat gelisah dan dia sendiri mengakuinya bahawa dia memang sedang gelisah ketika itu...
pertama kali aku mendengar orang berterus terang dengan ku tentang perasaannya terhadapku bersaksikan orang ramai...
aku mengaku aku amat terharu..
tetapi aku tidak pasti pengakuannya itu sekadar apa....
lima bulan kami tidak berjumpa selepas pertemuan kami yang pertama.. semasa pertemuan pertama.. aku rasa itulah kali pertama dan kali terakhir aku akan berjumpa dengannya kerana dia akan balik ketempat asalnya dimana dia dilahirkan...
nasib menyebelahi kami berdua.. aku mempunyai satu alasan untuk kami terus dapat berjumpa..
setelah lima bulan berlalu.. aku bertemu kembali dengannya dirumah aku sendiri...
itulah kali kedua aku bertemu dengannya setelah lima bulan kami tidak berjumpa..
tiada perubahan pada dirinya.. tetap sama.. cuma aku makin mengenalinya.. kerana selepas ini aku akan kerap berjumpa dengannya.. boleh dikatakan aku akan berjumpa dengannya seminggu sekali...
pertemuan kedua aku dengannya tidak memberi apa2 kesan kepada aku..
tetapi pertemuan ketiga kami...
aku mula merasakan sesuatu.. aku sentiasa menunggu pangilan masuk dan pesanan masuk darinya..
setiap waktu aku akan melihat henfonku, kot2 ada pangilan atau pesanan darinya..
semasa pertemuan ketiga, aku rase seperti ada sesuatu yang aku rasakan semasa berhadapan dengannya.. aku sendri tak pasti..
aku rindukan dia ke??
setiap kali aku mengingatinya pasti bibirku akan mengukir senyuman.. kadang2 aku rasa seperti aku gila kerana ada pada masanya aku akan tergelak apabila teringatkannya.. hah??
dilamunkah aku??
so sweet cara dia..
tapi sayang, kalau benar pun perasaan kami berdua, kami saling menyukai satu sama lain.. tidak mungkin kami akan bersama..
biasanya orang kata cinta itu tiada syarat, tapi cinta aku bersyarat...
dan syarat tu amatlah berat bagi dia.... sekiranya dia ingin memiliki aku, dia juga harus memeluk agamaku...
disebabkan itu kami tidak berani untuk menyatakan perasaan masing2..
kami sekadar bergurau dan hanya kami sahaja yg thu kandungan masej kami... bak kata orang dalam senyap  berisi....
kepada pembaca penulisanku, aku minta kamu semua doakanlah supaya dia memeluk agama islam.. walaupun bukan kerana aku tetapi kerana Allah...