Seusai sahaja aku bersahur, aku masuk kebilik aku semula untuk mengulang kaji sedikit pelajaran.. sudah menjadi kebiasaan aku, selepas sahur, aku tidak akan tidur semula malah aku akan mamaksa diri aku yang malas ni untuk mengulang kaji..
Selepas tiga puluh minit berlalu, azan subuh berkumandang..
Aku menutup buku dan mengemas buku-buku serta peralatan menulis yang aku keluarkan tadi unutk membuat ulangkaji..
Aku kebilik air untuk mengambil air sembahyang bagi menunaikan waktu solat subuh..
“assalammualaikum warahmatullah” aku memberi salam...
Aku menadah tangan dan membaca doa...
Sedang aku mambaca doa, kedengaran ada orang sedang memberi salam dan memanggilku diluar rumah..
Tapi aku tidak pedulikannya dan meneruskan doaku..
Pintu bilik aku diketuk..
Aku mengaminkan doaku lalu membuka pintu bilikku..
Kelihatan ibuku tercegat dihadapan pintu bilik aku..
“loorh, nape bu?? Kak ngah ingat tadi hantu la...” bergurau dipagi hari tidak salah kan.. kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman..
Ibuku tersenyum memandang kearahku...
“tu, ada kawan kak ngah datang cari kak ngah kat luar tu..”
Hah?? Biar betul?? tak kan la pagi-pagi buta ni kawan aku dah datang rumah nak jumpa aku.. petang sikit kan boleh.
“biar betul ibu ni?? Kawan kak ngah yang mane??? Dia nak ape??” soalku bertubi-tubi..
“mane la ibu tahu,pergi la kak ngah tanya sendiri.. yang kak ngah tanya ibu tu kenapa. Tu kawan kak ngah kan..dah, pergi tengok dia nak ape?? Ibu dah nak sambung tidur balik ni??”
“okay” aku memberi kata putus..
Aku berjalan menuju kearah pintu depanku untuk melihat siapakah tetamu yang amat rajin datang ke rumahku dipagi hari ini..
“eh Feliya ! kau buat pe datang rumah aku pagi-pagi ni?? Jom masuk” aku berkata sambil menyentuh lengannya..
“ Ya Allah feliya... kenapa dengan muka kau nie?? Lebam sana, lebab sini?? Kenapa nie?? Siapa buat kau??” soalku bertubi-tubi kerana terkejut melihat rpanya yang begitu pucat dan banyak lebab juga luka dimuka dan badannya...
Dia tidak menjawap.. malah dia terus menangis teresak-esak...
“jom masuk.. kau cerita kat aku semuanya didalam.. jom !”
Aku memimpinnya ke bilik kerana aku lihat badannya ketika ini amat lemah dan dia amat memerlukan sokongan...
“kau duduk sini... nah, sekarang kau cerita kat aku, ape yang dah jadi sebenarnya??” aku cuba memulakan bicara setalah menjemputnya duduk dan memberi segelas air masak untuknya..
“aku takut.” Itu sahaja ayat yang keluar dari mulut feliya.. dia hanya menyatakan perasaannya saja sambil menangis...
“okay.. kau cakap la kau takut kenapa?? Kalau kau tak bagi tahu, macam mane aku nak tahu.. kalau kau menangis je sepanjang hari, masalah nie tak akan selesai.. air mata bukannya boleh menyelesaikan masalah..” aku tetap juga mencuba untuk mengetahui cerita sebenarnya....
Feliya hanya mengelengkan kepala dan tangisannya semakin kuat. Hanya perkataan “aku takut” sahaja yang keluar dari mulutnya sejak tadi...
“okay okay.. now, u rilex.. bila kau dah sedia, baru kau cerita kat aku kay.. sekarang nie kau ambik baju nie, pergi mandi, salin baju. Kau tak puasakan?? Nasib baik, sebab kau pun dah minum air.” Aku berkata sambil melemparkan senyuman dan memberi sepasang baju untuk dipakainya..
Aku berdiri dari katil dan ingin melangkah. Belum sempat aku melangkah, tangan aku disambar oleh feliya. Aku menoleh kearahnya.
“aku dirogol.”
“what?? Rogol?? Ya Allah. Macam mane boleh jadi macam ni?? Siapa yang rogol kau? Mak ayah kau tahu tak??” aku menanyakan soalan sambil memegang kedua-dua belah tangannya untuk memberinya semangat untuk menceritakan hal yang sebenar.
“ayah aku rogol aku”
Lagi satu kenyataan yang membuatkan aku terpempan. Aku memeluk tubuhnya. Aku dapat merasakan tubuhnya yang mengigil ketakutan semasa aku mendakapnya...
“kau cerita kat aku ape sebanarnya yang dah jadi?? No excuse.. kau kene cerita sekarang juga.. aku nak tahu macam mana boleh jadi sampai macam ni??” aku mendesaknya untuk menceritakan hal yang sebenar..
“ aku bangun sahur dengan mak aku pukul 3 pagi tadi... tiba-tiba bapak aku balik dalam keadaan mabuk dan marah-marah kerana kalah berjudi dan hutangnya semakin banyak. Dia pukul mak aku, dia tampar, sepak, cekik mak aku yang tengah makan.. aku rase marah lalu aku pun tumbuk mukanya.. tapi mak aku dah pengsan.. bapak aku tarik aku. Mula-mula dia hanya memukul aku, tapi bila aku merayu, dia mula berbaik dengan aku.. aku sangkakan dia dah betul-betul sedar. Tapi aku salah. Bapak aku mula memengang tempat sulit aku. Bila aku mengelak aku ditampar dan dipukul sehinggalah aku rebah tidak sedarkan diri” feliya membuat pengakuan yang amat berat untuk aku terima.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...aku dapat lihat dimatanya, dia amat kecewa dengan kehidupannya dan bapanya..
“bila aku sedar, aku tengok mak aku masih pengsan. Aku kejut mak aku, tapi dia tak bangun.. tiba-tiba pintu runah aku diketuk dan ada orang menjerit-jerit dari arah luar memanggil nama ayahku.. aku terdengar salah seorang dari mereka meminta ayah aku untuk menyerahkan aku seperti mana yang dijanjikan oleh ayah aku.”
Feliya mengigil secara tiba-tiba... aku mendakapnya semula dan cuba membisikkan kalimat Allah ditelingganya..
“aku takut sangat masa tu. Aku dah tak tahu nak buat apa.. aku sayangkan mak aku dan aku tak boleh nak tinggalkan dia sorang-sorang terbaring dan tidak berdaya disitu.. tapi keadaan mendesak dan aku harus membuat keputusan.
Aku cium dahi mak aku dan aku bisik kat telingga mak aku, aku kata aku janji aku akan datang balik tolong mak aku dan aku sayangkan dia. Sekiranya apa-apa terjadi pada aku, aku minta dia halalkan makan minum aku dan maafkan segala dosa aku...
Aku cium dahinya buat kali terakhir dan mula nak beredar dari situ. Tiba-tiba kedengaran suara mak aku sedang memanggil aku. Mak aku kata ‘pergilah nak.. mak redha.. mak maafkan anak mak.. mak sayang anak mak. Pergilah nak. Jangan tunggu mak. Cari kebahagiaan kau diluar sana tu. Janji dengan mak, dimana kau berada dan apa yang kau buat atau keputusan apa yang kau lakukan, kau ingatlah ALLAH nak.. ALLAH akan membantumu.. Allah mendengar doa seorang ibu.. pergilah nak. Pergilah..’ “
Aku juga turut menangis mendengarkan kisah dua beranak yang dianiaya oleh bapa dan suami sendiri..
“habis tu, mak kau macam mane sekarang??” soalku.
“aku tak tahu.. lepas je mak aku habis cakap aku terus melarikan diri ikut pintu dapur.. aku dah tak terfikir siapa lagi masa tu selain daripada kau.. aku takut. Bapak aku nak jual aku. Dia nak bunuh mak aku.. kau kene tolong aku” feliya memegang tangan aku sambil meraung..
Tidak sampai hati aku melihat keadaannya.. aku mengambil air semangkuk dan kain tuala untuk mengelap luka dimukanya..
Ibu dan ayah aku sudah bangun. Aku harus memberi tahu mereka apa yang telah terjadi pada kawan aku..
“bu, ayah.... kak ngah nak cakap sikit boleh??” aku memulakan bicara sambil mengambil tempat disebelah ibuku.
“cakap ape” ayahku menyoal.
Aku memulakan ceritanya dari awal... reaksi ibu dah ayah aku sangat terkejut ketika aku menceritakan hal tersebut..
“kita buat report polis” ayah aku bersuara..
“betul tu.. bende ni kita tak boleh nak biarkan macam tu sahaja” sahut ibuku pula...
Aku memanggil feliya untuk berhadapan dengan ibu dan ayahku..
“feliya defrika, sekarang ni ibu dengan ayah aku akan tolong kau, tapi dengan syarat, kau kene bagi kerjasama pada kami..” aku mula menerangkan rancagan ibu dan ayahku padanya.. tapi cadangan itu ditolak berkali-kali kerana dia takut.. tapi akhirnya, kami berjaya juga memujuknya dan membawanya ke balai polis setelah mencapai kata sepakat..
Tiba dibalai polis, feliya telah memberi keterangan.
Setelah menunggu selama sejam lebih, kelihatan mak feliya masuk kebalai polis dan ayahnnya juga. Tetapi tangan ayahnya digari.
Setelah ibunya pula memberi keterangan, feliya sekali lagi diminta untuk memberi keterangan..
Tapi pertolongan kami sia-sia...
Feliya menarik semula tuduhan keatas bapanya..
Feliya memberi tahu aku, dia melakukan ini kerana maknya.. maknya tidak bekerja dan dia tidak boleh bayangkan kehidupan ibunya tanpa ayahnya. Oleh sebab itu, dia mencabut balik tuduhan tersebut..
Kami pulang dengan tangan kosong..
Sejak dari hari itu, aku tidak lagi mendengar cerita dari feliya.
Setelah 5 hari kejadian itu berlaku, aku menerima sepucuk surat dari feliya..
“ sahabatku yang disayangi.. aku memohon maaf diatas tindakan yang aku ambil pada tempoh hari.. aku tahu tindakan yang aku ambil itu salah dan mengecewakan hati kamu yang suci itu. Tapi aku harus lakukannya kerana aku tidak mahu melihat ibuku sedih. Ibu aku sudah sakit tenat, dia tidak mampu lagi untuk bekerja manyara hidup, walaupun untuk dirinya sendri pun dia tidak mampu untuk lakukannya, inikan pula sekiranya dia harus menanggung aku, sewa rumah dan sebagainya..
Jujur aku katakan.. engkau memang sahabat aku yang amat tulus dan ikhlas. Tapi sayang. Aku tidak mampu mengembirakan hatimu walaupun untuk sesaat.. mungkin surat ini adalah surat pertama dan terakhir daripada aku. Lepas ni kau dah jangan cari aku. Aku dah dihanyutkan dalam dunia ciptaan dunia. Aku kalah dengan godaan syaitan. Iman aku tak kuat untuk hadapi semua ini..
Sahabatku yang disayangi.. kau jangan menangis ye sayang.. aku sayang kau.. kerana sebahagian dari semangat aku ada pada diri kau... takdir dah menentukan kita hanya bersahbat sementara.. aku raedha dengan apa yang jadi...
Insya Allah suatu hari nanti, aku akan cuba keluar dari dunia kerangkusan nafsu manusia ni. Tapi mungkin ketika itu aku sudah malu untuk berhadapan dengan kamu lagi.. kerana aku tidak lagi sehebat kamu..
Atau mungkin juga aku tidak sempat bertaubat dah meninggalkan dunia yang sementara ini.. sekirannya aku pergi.. kau doakanlah aku bahagia dan selama disana nanti..
Ada berita sedih yang aku ingin sampaikan melalui surat ni.. tapi aku lupa untuk memberi tahu kau kerana terleka tatkala aku asyik menulis tentang isi hatiku..
Ibuku telahpun kembali kepada Allah dua hari selepas kejadian. aku redha dengan kepemergiannya, daripada dia seksa hidup didunia ini, biarlah dia pergi. Aku tak sanggup untuk melihatnya..
Tapi sayang sekali. Tidak sampai seminggu mak aku meninggal, aku diheret oleh ayah aku sendiri syurga ciptaan manusia dan neraka ciptaan Allah..
Sekali lagi aku mohon maaf pada kau.. halalkan makan minum aku dan jangan lupa sedekah kan al-fatihah buat aku dan ibuku...
Assallammualikum.. sayangkau”
Aku melipat semula surat itu dengan deraian air mata yang tidak daapat ditahan lagi. Aku menangis sepuas-puasnya sehinggalah aku tertidur diatas meja belajarku...
“kemana kau menghilang feliya??? Aku rindukan kau.. rindu sangat.. ingat lah wahai sahabatku, dunia ini hanya sementara. Dan doa orang yang teraniaya tiada hijabnya disisi ALLAH.. kau berdoa dan memohonlah kepada-NYA.. ingat pesan mak kau.. jangan sesekali kau melupakan-NYA... aku sebagai sahabat kau sentiasa mendokan kebahagian kau... terima kasih kerana sudi untuk singgah dalam hidup aku walaupun sementara...
Kasih dan sayang kau dihati aku tak akan pernah luntur atau hilang sama sekali.. Allah sentiasa bersama kita dan sentiasa membantu kita.. DIA tidak akan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya sendiri...
Kalau kau hidup didunia ini seperti kau hidup dineraka, dan sekiranya suatu hari nanti kau pergi.. aku rela lepaskan kau...
Aku sayang kau sangat-sangat...”
Aku kerumah feliya pada keesokan harinya setelah menerima surat darinya..
Tapi harapan aku hancur..
Jirannya memberi tahu aku bahawa, tiada siapa lagi yang tinggal dirumah itu, dan rumah itu telah pun disewakan oleh tuan rumah tersebut kepada orang lain..
Mengikut kata sumber.. selepas kematian ibunya, tiga hari selepas itu, ada sekumpulan ah long datang meminta hutang dan membawa feliya pergi.. tapi tidak tahu kemana...
Apakah kesudahan hidupmu feliya??? Berat sungguh dugaan kau...
Kita sentiasalah berdoa untuk feliya( bukan nama sebenar).. jadikanlah cerita ini sebagai pengajaran.. gunakan hak berfikir dahulu sebelum mengunakan hak berkata.. ingatlah setiap keputusan yang kita buat pasti akan mempengaruhi masa hadapan kita kelak. Hidup kita didunia ini amat singkat dan kita jangan salahkan takdir dengan apa yang terjadi pada kita... perbanyakkanlah berdoa dan solat.. segeralah melakukan solat taubat nasuha..