Hari pertama>>
Tempat nie seperti kampungku sendiri. Semua orang disini aku kenal.. kerana aku sudah duduk disini sejak daripada aku lahir lagi…
Aktiviti harianku berjalan seperti biasa.. kemas rumah.. itu je lah kerja aku..
Semasa aku sedang menyapu simen luar depan umah aku, tiba-tiba azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu zohor.. aku teruskan menyapu..
Aku terdengar bunyi tapak kaki orang sedang berjalan.. aku menoleh kearah jalan… kelihatan ada seorang lelaki yang agak tinggi, kulitnya putih, rambutnya nipis seakan-akan botak, dan rupanya seperti ada kacukan cina…
Dia berjalan dengan menundukkan kepalanya kebawah melihat jalan sambil berjalan menuju kearah masjid..
“ eh, siapa mamat nie?? X pernah Nampak pun sebelum nie?? Budak baru pindah ke???” aku bermonolog..
Aku tidak mengambil pusing dengan pandangan ku dan terus menyambung membuat kerjaku..
Hari kedua>>
Selesai sahaja aku menunaikan solat zohor, aku membuka telekung dan melipatnya.. seperti biasalah kerja aku , menyapu simen luar..
Hari nie aku solat diawal waktu.. sebab aku malas nak berhutang..
Sedang aku menyapu, kedengaran bunyi motor pak imam balik dari masjid.. memang kebiasaan pak imam, itu lah laluannya pergi dan balik. laluannya didepan rumah aku.. aku memandang kearah pak imam tu dan melemparkan senyuman kerana pak imam tu memang sentiasa tersenyum..
Setelah pak imam berlalu, kedengaran lagi sekali bunyi tapak kaki orang sedang berjalan.. aku menoleh lagi kearahnya..
Ternyata lelaki semalam..
“rajin sungguh dia ke masjid…”
Pada sebelah petangnya pula, selepas solat asar, aku membawa anak buahku keluar ke taman dihalaman rumahku…
Kelihatan lagi lelaki tadi sedang berjalan pulang dari masjid tapi dengan pakaian lain pula.. kalau zohor tadi dia hanya mengenakan baju berkolar berwarna merah dan seluar trasuit tetapi sekarang dia mengenakan baju berwarna hitam dan seluar seperti seluar jins berwarna biru gelap..
Apabila dia mengenakan baju yang berwarna hitam, kulitnya yang putih itu kelihatan seperti lebih menyerlah dan menampakkan dia lebih putih..
Aku hanya membuat seperti tidak perasan kannya apabila dia lalu dibelakangku kerana aku segan untuk memandangnya..
Pada waktu malamnya pula, aku tidak dapt tidur kerana hanya fikirkannya.. entah apa yang telah merasuk aku pun aku tidak pasti.. bayangannya sering kali muncul.. tapi aku hannya buat tidak tahu kerana aku tahu ini pasti hanya godaan syaitan sahja…
Hari ketiga>>>>
Aku bangun seawal sebelum subuh.. bukan kerana buang tabiat, tapi sebab nak mengintai mamat tu..
Kalau zohor, asar, maghrib dan insyak aku Nampak dia berjalan ke masjid, sekarang aku nak lihat sama ada di waktu subuh dia pergi atau tidak ke masjid..
Aku pun tak tahu apa motif aku buat sebigini.. bukankah lagi menyusahkan aku sahaja???
Azan berkumandang..
Aku kepintu depan dan membuka pintu seluas-luasnya.. tujuanku supaya azan boleh masuk kedalam rumahku dan aku boleh Nampak mamat tu sekali…
“lailllaha illallah” aku menadah tangan membaca doa habis azan..
Lelaki itu masih tidak kelihatan…
“mungkin waktu subuh dia tak pergi kot???”
Aku memegang tombol pintu dan ingin menutupnya..
Tetapi belum sempat aku menutup pintu, kedengaran tapak kaki orang sedang berjalan.. aku menoleh dengan penuh harapan untk melihat wajahnya ketika subuh ini… aku memandang kearah jalan..
Tiada siapa disitu.. tapi masih kedengaran tapak kaki orang sedang berjalan.. aku masih terus memandang…
“ya Allah, kenapa dengan aku nie” hatiku berbisik… aku memejamkan mataku serapat-rapatnya… aku cemas.. entah kenapa…
Aku membuka mata dengan bacaan ‘Bismillahirohmanirohim’..
Dia muncul dalam kegelapan subuh dihadapan mataku..
Bibirku mengukir senyuman dan hatiku riang tidak terkata dan tidak dapat aku nak gambarkan… entah kenapa…
Hatiku mengucap syukur.. entah kenapa..
Aku menutup pintu bilikku semula dan aku terus kebilik air untuk mengambil wuduk..
Hari keempat,kelima dan keenam.. aku hanya melihatnya dari dalam rumahku.. aku tidak berani untuk keluar memperlihatkan rupaku..
Hari ketujuh>>>
Hati ku mandesak untuk aku melihat lelaki tersebut dengan lebih dekat lagi..
Aku cuba memberanikan diriku pada hari ini untuk melihat lelaki itu dengan lebih dekat lagi…
Sebelum azan asar berkumandang, aku telah pun bersiap sedia dengan memakai telekung dan duduk diatas sejadah…
Usai sahaja azan asr berkumandang aku terus mengerjakan solat asar…
Selesai solat asar, aku membuka telekung dan berlari anak keluar daripada rumah….
Seminit… dua minit…. Lima minit… sepuluh minit… lime belas minit…
Dia masih tidak kelihatan…
Dua puluh minit…
Aku lihat dia sedang jalan keluar daripada masjid….
Hatiku melonjak lebih riang daripada biasa….
Semasa dia lalu dihadapanku, aku hanya memandang kearah lain kerana aku taknak dia perasan kalau aku sedang memerhatikannya….
Di terus jalan kehadapn…
Aku hanya mampu melihatnya dari arah belakangnya sahaja..
“ya Allah.. betul kea pa yang aku Nampak nie” hatiku mula merasa sebak.. aku rasa seperti mahu menangis…
“ye, memang semua manusia tidak sempurna… termasuklah orang yang sedang aku perhatikan sekarang…”
Hati aku sebak.. rupanya dalam keelokkannya, ada kecacatannya…
Kakinya tempang… kalau dilihat dari arah depan, kecacatannya tidak kelihatan, tapi kalau dilihat dari arah belakang baru akan perasan..
Aku masuk kedalam rumah dengan keadaan masih terkejut..
Tapi bagi aku walaupun dia tempang, tapi dia sudah cukup sempurna dimataku..
Biarlah kakinya yang tempang, asalkan jangan hati dia pada allah yang menyimpang…
Hari ke lapan, Sembilan, sepuluh.. berjaln seperti biasa..
Hari kesebelas>>>
Aku sedang manyapu halaman rumahku ketika itu, tertiba kedengaran bunyi suatu hentamn yang sangat kuat dari arah belakangku..
Aku menoleh..
“Allah hu Akhbar” aku menjerit dengan spontanya apabila aku melihat ada sekujur tubuh sedang terbaring diatas jalan dan badannya dihimpap motor volkan. Aku berlari kearah tempat itu…
Aku membantu tok imam yang jatuh tadi mengangkat motornya yang jatuh menghimpapnya.
Kesian pak imam nie… jatuh motor sebab tak angkat tongkat motor… mujur tak cedera parah.. nasib baik ada aku dengan mamat nie tolong angkat motor dia..
Pak imam tadi mengucapkan terima kasih kepada aku dan lelaki yang membantunya tadi lalu beredar dari situ..
“maaf tadi terpegang tangan awak”
Biar betul.. lelaki ni bercakap dengan aku ke??? Aku menampar pipiku perlahan, ingin memastikan sama ada aku bermimpi ataupun tidak.. tapi ianya nyata.. aku tidak bermimpi…
Lelaki itu memandang aku dengan muka yang sedang menunggu jawapan daripadaku..
“eh xpe xpe.. bukannya sengaja pun.. lagi pun dengan niat membantukan… sepatutnya saya lah yang kene mintak maaf dengan awak, sebab batal air sembahyang awak terkene saya….” Aku cuba untuk menyedapkan ayatku supaya aku tidak Nampak kalut sangat.. tapi aku rasa ada yang tidak kene dengan ayatku kerana lelaki dihadapan aku nie tergelak selepas mendengar kataku tadi..
Lelaki tersebut hanya tersenyum.. tapi reaksinya seperti sedang menahan ketawa… aku meminta diri dulu untuk masuk kedalam rumah kerana aku risau, kalau lagi lama aku disitu, pasti lagi banyakla kekalutan aku..
“jaga diri. Assalamualaikum…”
Ayat terakhir dari mulutnya setelah aku meminta diri untuk masuk kedalam rumah, menjadi peneman tidurku sepanjang malam…
Hari kedua belas hingga ke hari ke dua puluh… kami hanya berbalas senyuman apabila terserempak.. manisnya senyuman dia..
Hari ke dua puluh satu>>>
Aku membuat keputusan untuk pergi solat asar berjemaah dimasjid…
Apabila azan sudah habis berkumandang, aku keluar daripada rumah untuk ke masjid.
Semasa aku menutup pintu pagar, lelaki tersebut sedang berjalan menuju ke satu arah denganku sambil tersenyum memandangku..
Aku hanya membalas senyumanya dengan hati yang ikhlas…
Kami berjalan bersama menuju ke masjid..
Walaupun tiada siapa diantara kami yang memulakan perbicaraan dahulu, aku tidak kisah kerana hati aku sudah cukup gembira dan selesa sekarang nie..
Tiba di masjid, kami berpisah…
Dia kearah tempat solat lelaki dan aku kearah tempat solat bagi wanita…
Aku mengangkat takbir……………………
Selesai sahaja aku memberi salam selepas imam menghabiskan salamnya, kedengaran bunyi kecoh ditempat solat lelaki… pak imam pun tidak berzikir seperti biasa…
“tolong call ambulans cepat.. ade orang pengsan nie..” aku terdengar suara seorang lelaki tua minta tolong menghubungi ambulans kerana ada orang pengsan..
“siapa yang pengsan??” aku menanyakan soalan kepada makcik yang berada disebelah aku.. mak cik itu tidak menjawap, malah dia hanya mengangkat bahu dan terus mengintai dibalik langsir yang memisahkan tempat solat lelaki dan wanita untuk melihat keadaan orang yang pengsan…
Aku malas mahu ambik pusing.. aku terus melipat kain telekungku dan keluar dari masjid untuk pulang kerumah..
Aku berjlan dengan perlahan sekali… kerana mengharapkan nasib aku dapat berjalan lagi dengan lelaki tersebut..
Tetapi harapanku hampa..
Dia tidak muncul-muncul..
Kedengaran bunyi ambulans dimasjid… aku pandang dan aku lihat ada orang sedang diusung keluar dari masjid dan dibawa naik ke dalam ambulans..
Harapan ku hampa…
Waktu maghrib dan isyak, tidak kelihatan dia lalu dihadapan rumahku.. mungkin dia ikut jalan lain .. alasan hanya untuk menyedapkan hatiku sendiri..
Hari ke 22,23,24,25,26,27,28,29,30,31, dan 32… aku menanti seperti pungguk rindukan bulan… tetapi dia tidak juga muncul…
Kali terakhir aku berjumpa dengannya sewaktu solat asar yang aku pergi kemasjid tu.. selepas daripada waktu tu aku sudah tidak Nampak lagi dia..
Tidur malam aku jadi tidak lena, makanku pun sudah tidak teratur.. aku asyik terfikirkan dia.. kemana dia pergi…
Bersambung…
Hari ke33>>>
Aku duduk dihalaman rumahku selepas habis solat asar.. sahaja aku duduk disitu..
Setelah 12 hari aku menantinya.. kini aku letih..
Aku putus berharap..
Aku tidak lagi menuggunya…
Aku memejamkan mataku serapt-rapatnya kerana ketika ini hati aku terlalu sedih.. rasa seperti ingin menitiskan air mata sahaja.. entah kenapa..
“ya Allah,, kenapa aku jadi begini ya Allah??? Untuk apa aku menitiskan airmata nie ya Allah???siapakah dia dihatiku??? Kenapa aku terlalu mengaharapkan cinta daripandanya ya Allah??? Bagilah aku jawpan ya Allah?? Adakah dia jodohku yg telah kau rahsiakan selama nie??? Bagilah aku peluang untuk mengetahui jawapannya… dimana dia berada sekarang ya Allah??
Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki yang sangat aku kenali.. tapak kaki inilah yang aku tunggu dan rindu sejak berhari-hari.. aku membuka mata…
“terima kasih Ya Allah kerana engkau masih memberi aku peluang untuk melihat wajahnya” aku menitiskan air mata.
Tapi aku tidak pasti dengan keadaanku ketika ini… hati aku berasa gembira kerana dapat melihatnya..
Tetapi hatiku juga berasa sedih kerana rupanya amat pucat sekali.. tidak seperti dia yang dulu lagi..
Senyumannya pun tidak lagi semekar dulu…
Rambutnya pun tidak lagi sehitam dulu.. aku lihat kepalanya seperti botak… tapi aku tidak Nampak sangat kerana dia memakai songkok…
Malam itu aku membuat solat istikarah sebelum aku tidur.. aku meminta pentujuk daripada Allah…
Sejak pertemuan aku dengan lelaki tersebut, hati aku menjadi racau dan tidak keruan…
Tetapi setiap kali aku buat solat istikarah, aku pasti akan bermimpikan lelaki tersebut..
Dia memandang kearahku dengan senyumannya sambil malambaikan tangan… tetapi dalam mimpi tu, jelas menunjukkan yang lelaki tersebut amat menyayangi aku dan mencintai aku.. aku dapat rasakannya.
Tapi itu hanya sekadar mimpi… Hanya Allah penentu segalanya..
Hari34,35,36,37,38,39 dan 40..
Lelaki tersebut tidak lagi kelihatan..
Aku berasa hairan kerana sudah acap kali dia tidak ke masjid..
Aku membuat keputusan untuk menulis surat dan memberi sejadah sebagai hadiah kepadanya apabila dia lalu suatu hari nanti…
Aku menunggu dan terus menuggu… sehinggalah…
Hari ke 63>>>>
Aku membuka pintu ketika azan subuh berkumandang…
Aku buka-buka sahaja pintu, kelihatan lelaki yang aku tunggu selama berhari-hari ini berjalan ke masjid dengan pakaian berbaju melayu warna putih…
Rupanya tidak lagi sepucat dulu..
Malah amat berseri-seri… dia memandang kearahku sambil tersenyum dan melambai kearah aku.. aku mambalas lambaian tangannya.. itulah kali pertama dia malambaikan tangan kearahku.. seperti mimpi…
Surat??? Tak kan lah nak bagi sekarang.. bagi waktu zohor nantilah…
Setelah habis solat subuh… tok imam masjid memberi pengumuman mengatakan salah seorang daripada penduduk disini telah kembali ke rohmatullah pada jam3.30 pagi tadi kerana sakit lukimia tahap4… jenazahnya akan dikebumikan pada jam8 pagi ini..
“siapa pula lah yang meninggal nie..” aku bermonolog.. aku menadah tangan dan menyedakahkan al-fatihah..
Azan zohor berkumandang.. aku solat dan terus keluar dari rumah untuk bertemu dengan lelaki tersebut…
Tetapi dia tidak muncul-muncul… aku tetap setia menuggu dengan sebelah tanganku memegang surat yang aku ingin berikan padanya dan sejadah yang aku ingin hadiahkan padanya…
Tidak muncul-muncul…
Aku keluar dari rumah pada jam 6 petang..
Aku lihat mak aku sedang rancak bersembang dengan jiran sebelah rumahku..
Aku menuju kerah mereka…
“cik, pagi tadi ada orang meninggal kan??” soalku pada jiranku untuk mendapatkan kepastian..
“haah… budak tu sakit lukimia… katanya meninggal kat hospital pukul 3 pagi.. kebuminya pukul 8 pagi tadi…” jawap jiranku..
“budak mana yang meninggal tu zila” soal ibuku pula..
“alah budak tu baru je pindah.. jarang Nampak dia… dia pernah pengsan kat masjid tu dulu…” jawap cik zila..
Hatiku mula berdebar-debar..
Tapi ku cepat-cepat usir sangkaanku..
“yang mana ek zila??”
“ala.. kalau kak yan perasan, budak yang selalu jalan kat depan nie nak pergi masjid tu.. tiap2 waktu dia lalu nak ke masjid.. org kata budaknya baik sangat.”
Aku terduduk mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut cik zila.. ‘ budak yang selalu jalan kat depan nie nak pergi masjid tu…”
Kata-kata itu bermain difikiranku.. aku menitiskan airmata sambil terduduk diatas jalanan…
Seluruh orang yang ada disitu pelik dengan tindakanku yang drastik itu…
“ kalau betul dia dah meniggal 3 pagi tadi, siapa yang senyum dan lambai tangan pada aku subuh tadi??” aku meraung seperti orang gila apabila teringatkannya… itulah kali pertama dia melambai tangan kearah aku.. terasa amat pelik dan mustahil.
Tapi itu semua palsu.. kalau aku hendak kerumahnya sekarang pun sudah tidak berguna lagi, kerana jenazahnya telah pun dikebumikan…
“Ya Allah dugaan apakah ini?? Kenapa aku langsung tidak berkesempatan untuk melihatnya, walaupun jenazahnya?? Kenapa terlalu sekejap kau pinjamkan dia pada aku?? Kenapa waktunya terlalu singkat dan cepat berlalu??? Kenapa aku??? Kenapa dia yang pergi??? YA ALLAH !!!” akhirnya aku rebah dihadapan orang ramai…
Hari ke64>>>
aku bangun dari tidurku dan terus menuggu dimuka pintu.. aku sangat berharap dia akan muncul lagi dihadapanku… kerana aku yakin dia belum lagi meninggal dunia..kerana tidak mungkin dalam sekilip mata sahaja dia pergi meninggalkan aku.. itu tidak mungkin… aku sangat pasti…
tiap kali azan berkumandang.. aku pasti akan berdiri diluar rumah dengan surat dan sejadah yang aku ingin hadiahkan untuknya… apabila bilal dimasjid mula qamat.. aku akan masuk dan solat.. selesai sahaja aku bersolat, aku akan duduk semula diluar menuggu kemunculannya semula…
aku menunggunya berhari-hari…
esok,lusa, tulat, seminggu, sebulan..
aku tetap tidak berubah-ubah…
berat badanku semakin menurun..
mukaku semakin pucat…
keadaanku semakin tidak terurus…
sehingga suatu hari, selepas azan subuh aku berdiri diluar dengan surat dan sejadah tu…
sedang aku menugggu dalam kesedihan aku terdengar bunyi tapak kaki yang sangat aku rindui berhari-hari.. aku menoleh dengan senyuman…
kini dia berada didepanku.. ya. Dihadapan mataku… dia sedang memandangku dengan senyuman.. dengan pakaiaan putihnya yang aku lihat diwaktu subuh semasa orang mengatakan dia telah pergi…
dengan mata yang aku yang lebab kerana terlalu menangis, badanku yang lemah tidak cukup tenaga kerana tidak makan dan tidak cukup tidur, aku menitiskan lagi air mata sambil menatap rupanya dengan sepuas-puasnya…
“saya tahu awak masih hidup.. saya yakin awak masih hidup.. Demi Allah.. saya riindukan awak sangat” aku berkata sambil menitis kan air mata tanpa henti…
Tapi aku melihat dia hanya tersenyum.. memandang kearahku dengan wajah yang begitu tenang sekali…
“ saya nak bagi awak surat. Surat tu adalah isi hati saya dan sejadah yang saya nak bagi ni adalah sebagai tanda cinta saya pada awak Kerana Allah..” aku terus berkata sambil menangis teresak-esak tanpa mempedulikan rupaku lagi pada ketika itu…
Tetapi dia tetap terus tersenyum memandang kearahku…
“awak jangan pergi.. saya rindukan awak..” kataku lagi..
Lelaki itu hanya menganguk dan tersenyum sambil melangkah kebelakang satu langkah demi satu langkah….
“awak jangan pergi.. jangan tinggalkan saya” aku merayu dalam keadaan suara yang sangat lemah kerana aku sudah letih dek kerana menagis teresak-esak…
Lelaki itu tetap terus melangkah sambil tersenyum… dia melambaikan tangan kearahku dan berkata “terima kasih kerana sudi menyintai diri saya yang tdk sempurna ini. Alangkah baiknya jika kita berkenalan lebih awal lagi. Mungkin kita sempat berbual dan berkenalan dengan lebih dekat. Tapi, maafkan saya kerana tak mampu membalas cinta awak. Kita sekarang berada di alam yang berbeza. saya juga sukakan awak, tetapi saya harap awak tidak terus mengharap pada cinta saya…lepaskanlah saya…dan teruskan kehidupan awak…insya allah, saya berdoa agar awak bertemu dengan lelaki yang lebih baik daripada saya… “ dia melontarkan senyuman yang paling manis yang tidak pernah aku lihat semasa hayatnya lalu berpaling meninggalkan aku… aku cuba untuk mengejarnya, aku cuba untuk mengekorinya..
Dia hilang dalam kekabusan yang menghalang aku untuk melihatnya… dan akhirnya aku tersedar…
Deraian air mataku menjadi saksi kehancuran sebuah harapan. Berakhirnya sebuah kisah cinta yang malangnya tidak kesampaian. Aku cuba membujuk hatiku sedayanya untuk tidak terlalu kecewa. Aku cuba untuk menganggap semua ini hanyalah sebuah mimpi indah dan bila aku terjaga pada keesokan harinya, semuanya akan aku lupakan. Namun, aku tidak dapat menipu hatiku sendiri. Aku terlalu kecewa….. dia sudah benar-benar tiada.. aku bangun dari tidur dan mula menangis teresak-esak semula…
Ibu dan ayahku risau dengan keadaanku yang semakin parah.. kerana mereka tidak tahu apa puncaku jadi begini..
Aku bangun daripada katil dan menuju kebilik air untuk mengambil wuduk…
Aku mengambil wuduk ditemani dengan air mataku yang tak pernah habis dan henti… seperti air laut yang tidak pernah kering..
Aku menyarungkan telekung dan membentangkan sejadah yang inign aku hadiahkan kepada lelaki itu…
Apabila aku membuka sejadah itu, air mata ku turun lagi sekali dengan begitu derasnya mengalahkan deras sungai…
aku menunaikan solat sunat taubat.. aku rasa seperti tubuhku lemah sangat.. aku rasa aku tak mampu untuk mengangkat diriku daripada sujud.. aku rasa seperti ingin sujud buat selama-lamanya.. aku berasa tenang sekali apabila bersujud..
aku rasa seperti aku dapat mengumpul semula kekuatan aku dalam sujud..
“ ya Allah.. ampukanlah segala dosa-dosa hamba ya Allah.. hamba mohon ya Allah.. Engkau bantulah hambamu ini, kerana aku hanyalah makhluk yang teramat kerdil yang disisimu ya Allah… Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim… kau permudahkanlah perjalanan dia menujumu Ya Allah…. Kau bantulah hambamu ini ya Allah… mulai hari ini.. aku lep….” aku tidak mampu lagi untuk meneruskan doaku… aku menangis teresak-esak tanpa dapat dikawal lagi… terlalu sukar untuk aku melafazkannya..
“mulai hari ni, aku lepaskan dia..” aku terus menangis sehinggakan aku rasa seperti nafasku tersekat…
“ aku akan lupakan dia “… tanpa aku sedari rupanya ibuku telah masuk ke bilikku kerana terdengar esakkan tangisan aku..
Ibuku memeluk aku.. aku rebah didalam pangkuan ibuku….
“sudah la nak”…
Hari terakhir..
Aku membuka diari dan menulis segala peristiwa aku yang dapat mengingatkan aku padanya.. aku harap lepas aku tulis aku akan dapat lupakan dia…
“ pertemuan aku dengannya sangat tidak ku duga… bermula dari hanya ingin tahu sehinggalah perasaan aku berubah untuk mengenali mu…
Hidupku seperti hari yang sentiasa cerah setelah mengenalimu.. walaupun aku hanya melihat mu dari arah jauh.. itu sudah cukup membuatkan aku berasa bahagia…
Aku tidak tahu siapa kau dan kenapa kau hadir dalam hhidup aku..
Kau seperti pelangi… yang muncul dengan warna yang indah dan hilang setelah tiba masanya…
Aku mengharapkan kau seperti jantungku.. kemana sahaja aku pergi kau menemaniku.. tanpa kau aku tidak dapat hidup..
Tapi harapanku hancur…
Aku cuba menjadi kau.. aku sentiasa berdoa untuk kebahagian kau…
Tapi..
Kau pergi meninggalkan aku juga.. tanpa aku duga…
Aku rasa seperti malaikat izrail sedang menyentap nyawaku..
Seperti diriku ditikam bertubi-tubi olehmu…
Hati ku hancur.. kegembiraan yang Allah bagi pinjam padaku hanyalah sementara…
Kini dia telah mengambil haknya semula…
Aku harus terima takdir yang telah ditentukan oleh-Nya…
Ini semua hanyalah sandiwara dunia…
Walaupun tidak didunia aku bertemu dengan mu.. insya Allah disyurga kelak kita berjumpa….
Walaupun kau tinggalkan aku tanpa khabar, aku akan tetap cuba untuk menerimanya… aku akan belajar untuk menerima kenyataan bahawa engkau telah tiada lagi disisiku..
Mulai hari ini…..
Aku lepaskan kau…
Aku akan cuba melupakan kau..
Aku akan belajar menerima takdir…
Walaupun aku pasti ianya amat payah bagiku..
Tapi untuk kebahagian kau disana…
Aku akan lakukannnya…
Aku harap perjalanan kau mudah untuk menuju ke sana..
Al-fatihah…”
Watak lelaki didalam cerita ini memang wujud dihadapan saya.. tetapi saya membuat sedikit perubahan tentang cerita tersebut supaya cerita ini kelihatan lebih menarik.. dan untuk maklumat pembaca, lelaki tersebut masih lagi hidup dan tidak mempunyai sebarang penyakit walaupun dia sememangnya tempang… semua sifat, rupa dan perwatakannya adalah benar.. harap anda terhibur dengan penulisan saya.. saya mohon maaf diatas kelemahan saya dalam penulisan ini..