permata (pertemuan manusia takdir Allah)


Kau hadir tanpa ku sedari.
Mengisi kekososngan hati.
Kini kau pergi tinggalkanku.
Lemas ku dalam sepi.
Hujan yang turun ke bumi.
Membawa rindu yang mengunung.
Kau biarkanku oh sendiri.
Malamku tanpa mimpi.
Lagu dicorong radio itu menjadi peneman tidur malamku.
Bilik yang brhias cantik seperti tempat tidur bidadari ini hanya menjadi tempat aku melepaskan rindu..
Dalam dakapan angin sepi, ku elus semilir pilu, titik jernih menuruni lekuk mulus pipiku.. ku seka... jatuh lagi mutiara jernih itu...
Terputusnya ikatan ini hanya kerana secarik hati terluka. Akukah yang bersalah?? Segala-galanya masih kabur, hanya aliran air mata yang mengaburi pandanganku..
Perit !!!
Hanya tuhan yang tahu...
Bisakah aku kutip kembali kelopak sakura yang berterbangan bisakah aku memiliki semula hatimu yang berterbangan bersama dedaun yang keguguran...
Hatiku hancur terluka.. namun bibirmu terusan mengukir senyuman. Kenapa sayang??? Mungkinkah tiada langsung calar dihatimu setelah aku mengkhianati mu???
“ padamu kutitipkan secuit rasa,
Kau berikan selaksa bahagia,
Padamu kuharap setitis embun cinta,
Kau limpahkan samudera cinta..
Love and a cough cannot be hidden..
Sebegitulah kasih dan sayang aku padamu.. ;-)”
Pesanan masuk terakhir darinya yang sering aku tatapi dan memberi penyesalan yang amat menebal dalam diriku..
Jika dirinya dan semalam dapat dikembalikan, aku pasti akan belajar menghargainya..
Benarlah kata orang, tiada selamanya kebahagiaan itu datang kerana kadang-kadang sinar matahari ditutupi awan yang tebal, kesedihan membawa ketawa ibarat panas membawa hujan..

Terbanglah wahai kesedihan dan kedukaan. Terbanglah membawa duka dihati. Sebagaimana terbanganya burung-burung diangkasa walaupun sayapnya kelukaan tapi masih mampu terbang bebas walau perit walau susah ia harungi juga. Bawalah kembali cahaya kegembiraan dihatiku menyinari hati dengan nur islam dan iman dihati.
Bersyukurlah kerana diri masih disanyangi Allah kerana telah dipilih untuk menerima dugaan darinya.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ _ _
“ awak pasti ke semua dah siap ni?” soal akif danial kepadaku...
“ sudah sayang... semuanya dah sattle.. awak dah tak perlu nak risau apa-apa lagi okay. Hanya tinggal hari kita akad nikah je esok.” Jawapku tenang kepada Akif danial. Tunanganku dan akan bergelar suamiku pada esok hari.
“ hmm,  takut pun ada juga bila dah nak bergelar suami ni. Tanggungjawap jadi semakin besar. awak nanti jadi isteri solehah tahu. Patuh pada suami.”  Kata Akif danial kepada aku yang lebih berupa kepada ayat arahan.
“iye lah. Itu saya tahu. Yang penting, selagi awak ada disisi saya, dan selagi awak boleh mendidik saya, Insya Allah saya  akan sentiasa jadi isteri yang solehah untuk awak sehinggalah kita bertemu di jannah nanti.” Kataku sambil menggangukkan kepala dan tersenyum.
“ bagus. Insya Allah..” balas Akif danial sambil mengosok tapak tangannya diatas kepalaku yang berlapik dengan tudung berwarna merah jambu.
Aku tersenyum malu.
“tapi, kalau esok ditakdirkan apa-apa terjadi, awak kena janji dengan saya, kehidupan mesti diteruskan.. dan awak kene redha dengan apa yang terjadi.. ingat pesanan saya, bila Allah cepat makbulkan doa kita, maka dia menyayangi kita, bila dia lambat makbulkan doa kita, maka dia ingin menguji kita. Bila dia tak makbulkan doa kita, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan..”
“baiklah Ustaz Akif Danial... terima kasih diatas nasihat anda.”  Aku tergelak selepas menghabiskan kata-katku itu..
Akif Danial tersenyum.. senyuman itu?? Senyuman itulah yang mengetarkan batinku setiap kali aku melihatnya...
“main-mainlah bila orang cakap. Nanti awak tak nikah dengan saya, awak nikah dengan luqman.” Senyuman aku mati setelah mendengar nama Luqman Hakim disebut..
“kenapa sebut nama dia?” soalku dalam nada marah dan mencebikkan bibirku yang munggil itu sebagai tanda merajuk..
“ iya lah. Bukan ke dia yang melamar awak dulu?” kata Akif danial.
“tapi saya dah pilih awak sebagai teman hidup saya. Kenapa awak perlu ungkit kisah lama lagi?” soalku lalu memukul manja lengan Akif danial.. setitis air mata ku mengalir..
Aku melangkah dengan lebih laju lagi daripada tadi. Ingin membawa hati yang lara. Aku takut kehilangan orang yang kini berda disisiku..
Aku terasa pengelanganku dicapai.. aku memusingkan badanku.
“look ! kalau ditakdirkan dia jodoh awak, awak akan tetap bersama dengan dia juga suatu hari nanti. Walaupun kita akan dinikahkan esok, kita tak tahu apa yang akan jadi pada malam ni. Mungkin esok atau lusa selepas kita bernikah saya meninggal ke?? Kita tak tahu semuanya. Itu semua rahsia Allah..” panjang lebar Akif danial berceramah pada aku.
“tapi saya tak nak kehilangan awak. Saya tak nak awak sebut dah nama tu. Biarlah dia sekadar menjadi kawan kita sahaja.” Jawapku dengan nada yang amat rendah.
“okay, saya minta maaf, saya teremosi sikit tadi. Dah, lap air mata tu, nanti orang nampak malu lah. Dah tua-tua menangis.”Aku tergelak mendengar katanya yang terakhir itu.
Benar juga katanya, aku sudah dewasa tapi masih tidak matang, hanya kerana hal kecil sahaj aku ingin menangis. Orang yang lalu lalang didalam Pavilion ini hanya menyaksikan drama kami tadi.
“yang tercegat je kat situ kenapa? Jom !” ajakkan Akif danial itu menyedarkan aku dari lamunan yang mengkhayalkan ku sebentar tadi.
Aku mempercepatkan langkahku supaya kami dapat beriringan keluar dari situ.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _ _  _ - - - - - - -  - - - - - - - -- - - - - -  -- - - - - - - -- - - - - - - - - - - - 
Kedengaran bunyi ketukan pintu. Menyedarkan aku dari lamunan saat berada dengan Akif danial petang semalam.
“sayang tak tidur lagi?” suara lunak itu bertanya.
Aku hanya mengelengkan kepala tanda tidak. Aku terasa seperti bahuku disentuh dengan begitu lembut.
Aku menyeka air mataku yang mengalir dan  memalingkan tubuhku menghadapnya. Suamiku kini berada dihadapan mataku. Didalam bilik indah yang akan menjadi saksi sepasang pasangan yang baru bergelar  suami isteri.
“kenapa sayang menangis ni?” tangan gagah seorang lelaki yang menyetuh aku buat kali pertamanya menyeka air mataku.
Aku tidak mampu berkata apa-apa ketika itu. Hati aku terlalu sebak. Sebak kerana impianku yang ku impikan selama ini hancur berkecai dalam sekelip mata tanpaku tahu sebabnya.
Badanku ditarik kedalam dakapannya. Aku melentokkan kepala ku didadanya yang bidang. Terasa amat tenang dan selesa sekali apabila aku didakap oleh suamiku sendiri.
“mulai hari ini, kita mulakan satu kehidupan yang baru. Jangan jadikan kenangan sebagai panganggu kehidupan rumah tangga kita. Lupakan apa yang dah berlaku pada hari sebelum ni terutamanya apa yang dah terjadi petang tadi. Kehidupan awak kini dengan saya. Tanggungjawap awak kini tanggungjawap saya.” Suamiku membisikkan kata-katanya ditelingaku. Air mata ku kini mengalir lagi.
Dakapanku semakin erat.  “ lupakan dia dan jangan diingat kembali. Jadikan ape yang terjadi kepada kita hari ini adalah satu pengajaran buat kita.”
Aku mengangkat muka dan memandang wajah suamiku. Dia hanya tersenyum melihat aku. Kelihatan ada kelompok basahan dek kerana air mataku dibaju melayu yang dipakainya siang tadi semasa kami diijap kabul..
Pintu bilikku diketuk. Aku tersedar dari panahan anak mata suamiku.
“kejap.” Aku menjerit dan menyeka air mataku lalu berjalan membuka pintu.
“ kak, ada panggilan untuk akak.” Kata arian dengan sebelah tangannya memegang sebuah telefon bimbit.
“thank you.” Aku mencapai telefon bimbit itu dan menutup semula pintu lalu menuju kearah suamiku yang setia menunggu aku.
Bukan hanya seminit dua, malah sudah bertahun-tahun juga dia sanggup menanti aku dengan penuh kesabaran.
“hello.” Sapaku.
“ hello. Khaira skinah?” sapa satu suara dihujung talian yang amat aku kenali. Tapi suara itu, kenapa bunyinya seperti sedang menangis?


"hah nak thu ape jadi seterusnya.. tgu dulu ek, saya sedang berusaha mebyiapkan cerita nie.. doakan cept siap kay. nnt dh siap sye publish kt blog... terima kasih.