Assalamualaikum..
saudari, saya disini ingin memohon maaf.. bukan saya
tidak suka berkawan dengan saudari, tetapi cara saudari yang membuatkan saya
kurang senang berkawan dengan saudari.
Maafkan saya saudari, saya tidak
kenal siapa saudari. Saudari muncul bila seorang tauke emas muncul dalam laman
sosial facebook saya.
Saya berkawan dengan saudari seperti
mana saya berkawan dengan yang lain. Tapi saudari ambil kesempatan diatas dasar
persahabatan kita ni..
Saudari boleh bercerita masalah
saudari pada saya. Saya boleh mendengarnya.
Siapa saudari ingin membenci juga
saya tidak pernah hairan. Tapi apa yang saudari cerita, saya dengar tak
bermaksud saya percaya pada kata-kata saudari.
Dan siapa yang saudari benci, maaf
saya tak boleh nak membencinya. Apa yang teerjad keatas diri saudari, itu
mungkin adalah satu suratan takdir yang telah dicatatkan. Jadikanlah pengalaman
sabgai satu pengajaran buat saudari.
Perbetulkan kesilapan lalu supaya ia
tidak menghancurkan hubungan saudari pada masa akan datang dengan sesiapa yang
saudari sayangi.
Tapi tak bermaksud saya harus
membencinya juga. Saya juga manusia biasa.
Maafkan saya sekali lagi saudari.
Hati saya masih kebal untuk mengikuti kata-kata saudari. Insya Allah saya akan
jaga diri.
Manusia akan berubah sekiranya diberi
peluang. Jadi saudari haruslah beri dia peluang untuk berubah buat kali kedua.
Mungkin juga hatinya masih keras dan masih belum terbuka lagi untuk ruang
keinsafan.
Saya faham perasaan saudari. Saya
juga seorang wanita yang lemah dan rendah darjatnya disisi Allah. Siapalah saya
untuk menasihati saudari.
Tapi cara saudari dengan memburukan
dia kepada saya adalah salah. Maafkan
saya sekiranya saya tidak mempercayai kata0kata saudari...
Kalau benar apa yang saudari katakan,
kita berdoa sahajalah pada Allah supaya suatu hari nanti hatinya dibuka untuk
berpaling.
Saudari janganlah remukkan hati
saudari hanya kerana seekor kumbang. Sedangkan hati saudari masih boleh
menerima yang lain.
Perbanyakkanlah berdoa, selawat dan
perbanyakkan solat sunat.
Saya doakan saudari bahagia
sentiasa...
Ampun dan maaf dari saya.
assalammualaikum
