aku meniti hari bahagia

bermula episod cinta kita.. kita meniti hari bahagia. segala suka duka dikongsi bersama. saat kau malafazkan namaku dihadapan saksi, hatiku menjadi gundah. saat kata sah diucapkan aku mula menitiskan air mata. kuseka, jatuh agi mutiara jernih itu.
air mata itu bukan melambangkan kesedihanku, tapi melambangkan kebahagiaanku. kita diikat dengan satu ikatan tanpa sebarang perasaan dan tidak pernah mengenali. tapi kuasa Allah. tiada siapa yang mampu menolak. segalanya rahsia.

"jiwaku dipalu gemersik tak terkira..
hampirku terlena
dalam belaianmu
cintamu selembut sutera menjadi saksi kasihku.."
kehangatan cintamu masih terasa hingga kini.. aku dekejutkan dengan kasihmu dan ketenangan menghadap Allah. aku bersyukur kerana dengan lafaz yang pernuh makna itu AKU MENJADI MILIKMU dan kini AKU MEMILIKIMU..
"bidadariku,
namamu tidak terukir dalam catatan harianku..
asal usulmu tidak hadir dalam diskusi kehidupanku..
wajah wujudmu tidak terlukis dalam sketsa mimpi2 ku..
indah suaramu tidak terakam dalam pita batinku..
namun kau hidup mengairi pori2 cinta dan semangatku...
sebab kau adalah hadiah paling agung dari tuhan untukku..
bidadariku"
kau kunci hatiku dengan surat cinta untuk membangunkan aku dari tidur panjang dan lenaku...
dengan lafaz BISMILLAH
benarku katakan 
AKU MENCINTAIMU
KERANA ALLAH...
moga cinta kita kekal abadi dan mendapat kerdhaan dari-Nya......
" Ya Allah lindungilah kami dunia dan akhirat dan moga ikatan ini kekal abadi "