dengar suara hati


Assalammualaikum.. J
Hari ini aku cube untuk menaip soal hati.. “dengar suara hati”... ramai orang kata ikut hati kita mati...
Tapi kali ni kita jangan ikut kata hati.. tapi kita dengar kata hati kita.. dan berdoa semoga lintasan dihati kita ni adalah lintasan daripada Allah..
Ye ! aku rasa memang betul.. kalau ikut kata hati memang mati.. sebab hati aku x pernah betul..
For me, ketika seseorang dilanda, kadangkala ia sukar untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Pada waktu itu, ia memerlukan orang lain untuk membantu. Orang luar mungkin nampak masalah yang ada berbanding diri yang sedang berada dalam masalah..
Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan menggunakan kekuatan diri sendiri iaitu melalui kekuatan hati yang dianugerahkan Allah. Hati yang bersih serta dekat dengan-Nya mampu mengilhamkan petunjuk daripada ilahi  dalam setiap urusan kita.
Ape yang aku mengarutkan ni.. what ever lah.. just taip je ape yang aku nak tulis..
Aku ade terbaca satu artikel yang mangatakan bahawa kekuatan hati sungguh luar biasa. Anggota lahiriah bergantung kepada “ kesihatan hati”.. kesihatan hati???
Hmm.. sejauh mana tahap kesihatan hati aku.. ergh !
Sabda Rasullullah SAW, “ ketahuilah bahawa dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila baik maka baiklah seluruh tubuh itu dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu. Itulah hati..”
Menggigil tubuh ini~ owh, hati aku?? Tak tahulah.. aku takut hati aku kotor.. manusia mana yang inginkan hati dia kotorkan... kalaulah hati boleh dibawa keluar and dibersihkan then masukkan balik.. dah lama aku buat.. (ceh, ape aku fikir x matang nie )
Dari pefahaman pembacaan aku, hati ni rupanya memainkan peranan yang amat besar pada kita. Kerana Allah tidak memandang rupa dan amalan kita, tapi Allah melihat kepada hati dan niat kita...
Menurut Imam Al-Ghazali, hati mempunyai 4 sifat, iaitu sifat buas, binatang, syaitan dan tuhan.. apabila hati dikuasai perasaan marah, ia melahirkan sifat buas seumpama binatang. Pada masa itu lahir sifat suka bermusuhan, bersengketa, menyarang dan memaki hamun.
Apabila hati dikuasai nafsu syawat, maka lahirlah sifat binatang, pada masa itu terselah kerakusan, katamakan, keangkuhan dan sifat mementingkan diri..
Tapi, bila hati dikuasai sifat2 ketuhanan, dia mencari kemuliaan, kekuasaan, kemerdekaan, keilmuan serta kehebatan. Semua ini digunakan untuk menjana kecemerlangan dan keunggulan duniawi dan ukhrawi..
Tapi, kalau time tu hati  kita dikuasai sifat2 syaitan, kehebatan ini akan disalah gunakan oleh manusia dengan tipu daya dan putar belit dijadikan landasan hidup bagi memperoleh kemuliaan dan kehebatan diri..
So, jangan salah gunakan hati kita.. ;-)
Menurut Imam Al-Ghazali, antara pintu2 yg syaitan gunakan untuk merosakkan hati manusia ialah perasaan marah, nafsu syawat, perasaan tamak dan dengki, kenyang, cinta kepada perhiasan dan harta benda, bergantung kepada manusia, gopoh gapah dan terburu nafsu, cinta kepada wang ringgit, kedekut dan bakhil, fanatik mazhab dan kelompok, berfikir berkanaan zat, sifat dan af’al Allah SWT tanpa ilmu serta sikap mudah berburuk sangka terhadap orang2 islam..
Seseorang memerlukan hati yang bersih agar hati menjadi pembimbing kepada dirinya ke jalan yang diredhai Allah..
Enough! Aku rasa dh panjang sgt aku meleter.. daripada aku menulis je, baik korg bce sendiri kan artikel tu..
Perasaan aku bile baca artikel tu, aku rasa takut.. sebab hati aku kotor.. aku perlukan masa yang panjang untuk bersendirian.. aku takut aku mengambil keputusan yang salah kerana terlalu mengikuti kata hati...
Hati, minda aku kini dah mula bercelaru.. aku rasa nak menangis tanpa sebab.. aku rasa seperti ingin meninggalkan semuanya tanpa sebab..
Aku mula terfikir nak bersendirian mencari keredhaan-Nya.. aku rasa seperti nak pergi jauh dari kehidupan aku yang sekarang.  Argh ! jangan diikutkan sangat kata hati...
Biasalah ni orang perempuan, kalau dah mula menaip cnfrm nak menjiwang tahap gaban.. emotional x tentu pasal..
Okaylah.. enough for today, aku just nk share artikel yang aku bace tu je.. tu just ringkasa yang aku buat.. hope dapat ilmu.. J terima kasih kerana membaca leteran aku sampai kepenghujung.. :P