malam yang sunyi.. tidurku malam ini hanyalah ditemani oleh ayunan daripada Al-quran.. sengaja aku pasangkan ayat Al-quran pada malam ini supaya aku lebih tenang.
penulisanku terhadap blog semakin giat. aku susah untuk tinggalkan blog aku.
selepas aku update post aku diblog, aku membuka blog priasetia untuk mengetahui perkembangannya yang terkini..
tapi nasib aku malang sekali ! sejak dari hari tu, tiada update yang terbaru dalam blognya.. kali terakhir postnya semasa nama aku disebutkan ke dalam blognya.
dalam keheningan malam, aku dikejutkan dengan bunyi lagu daripadaa henfonku sendiri yang menandakan masej masuk..
aku mencapai henfon disebelah katilku lalu menekan butang tengah untuk membaca masej tersebut.. tapi siapa pulak yang hantar masej kat aku tgh malam buta nie?? number sape nie, mcm pernah tengok je...?? number sape ek?? macam pernah tgok..
aku pun membuka masej tersebut dan membacanya...
pengirim :'saya ganggu ke?? awk tgh buat pe??'
aku : 'maaf, siapa ni??'
pengirim :'dah tak ingat saya ke???
ops ! baru aku teringat.. nie doktor sewel yang menyakitkan hati tu.. lepas dari kenduri hari tu, aku buang numbernye kerana sakit hati dengan dia, rupanya nie dia.. kalau aku thu dari td aku tak balas...
aku buat tak endah sahaja dengan masejnya. lima minit kemudian, henfon aku berbunyi lagi. tapi kali ini bukan kerana ada masej masuk. tetapi henfonku menjerit minta diangkat pula..
aku : 'nak ape'?? tanpa memberi salam aku terus sahaja menerjah..
pemangil : 'kenapa tak tidur lagi??'
aku : suka hati lah.btw, saye ade tanya kat mak saya tentang awak. dia ade ceritakan siket pasal awak, tp menurut cerita mak saya, awak nie x de langsung pertalian darah dengan saya.. awak bukanlah saudara saya seperti yang dimaksudkan mak saya tempoh hari... kan??
pemangil : so, awak nak tahu cerita sebenarnya lah nie??
aku : yup !
pemangil : okay.. listen carefully... mak dan ayah saya berkenalan di jepun semasa mereka masing2 belajar di Universiti Keio Minato,Tokyo... mereka bercinta disana dan berkahwin disana tanpa pengetahuan keluarga masing2... selepas mereka habis belajar, mak dan ayah saya balik ke malaysia untuk mendaptkan restu mak ayah mereka.. tp sayangnya tok walid(atuk saya belah ayah) tak terima mak saya disebabkan keadaan keluarga mak saya yang serba kekurangan.
then, satu hari ni, tok walid pergi kerumah nenek dan atuk saya( belah mak) untuk mak saya menjauhi ayah saya dan tinggalkan ayah saya.
tapi mak saya seorang yang patuh pada suami, jadi katanya, walau macam mane sekalipun susahnya, dia akan tetap bersama ayah saya dan takkan tinggalkan ayah saya..
jadi mak dan ayah saya telah buat keputusan untuk berhijrah jauh daripada keluarga masing2 supaya mereka tidak dapat dipisahkan lagi..
atuk dan nenek(belah mak) terkejut dengan berita penghijrahan mak dan ayah saya, jadi atuk belah mak saya telah meninggal kerana serangan jantung.
sayang sekali, setahun selepas itu nenek saya(belah mak) pula yang meninggal kerana makan hati...
kalau tak silap saya, masa nenek saya meninggal, saya baru berusia 6 bulan didalm kandungan mak saya.. tapi mak tahu tentang kematian nenek selepas tiga bulan nenek meninggal..
mak saya rasa amat sedih. tapi disababkan ayah saya adalah pemberi semangat, dia tetap kuat hadapi segalnya...
bila saya selamat dilahirkan, ayah bercadang nak pulang kerumah tok walid(atuk belah ayah) untuk memohon maaf.
tapi nasib tidak menyebelahi mereka lagi.
mak saya pula yang meninggalk dunia pada hari ke44 setelah selamat bersalin melahirkan saya..
menurut cerita tok walid, kerana kejarkan saya yang menangis kerana lapar, ibu jari kaki mak saya telah terlanggar batu tungku dihujung katil dan menyebabkan pendarahan..
kendatipun begitu, demi kasih sayang seorang ibu terhadap anak, mak saya tetap menyusukan saya walaupun sedang mengalami pendarahan..
bila ayah saya pulang dari tempat kerja, dia lihat mak saya sedang menyusukan saya sambil baring.. itulah kali pertama mak menyusukan saya sambil baring..
bila yah pergi dekat mak, ayah fikirkan mak sedang tidur kerana matanya terpejam rapat sambil saya sedang menyusu. jadi ayah biarkan kami dan sebelum ayah beredar, ayah sempat mengucup dahi saya dan ibu.
selepas ayah siap mandi, ayah cuba menjeguk kami, tapi mak tetap dalam keadaan yang sama kecuali saya. masa tu saya dah pun tidur lena disisi mak. ayah cuba mengejutkan mak..
Allah lebih menyayanginya, mak saya pergi semasa saya sedang menyusu..
oleh kerana saya masih kecil dan ayh pula yang perlu menguruskannya, ayah mengalami tekanan yang kuat dan meninggal dunia sebulan setelah kematian mak.
ayah juga pergi menemani mak dan membiarkan saya yang masih kecil dan baru melihat dunia..
tapi nasib saya baik kerana mempunyai jiran seperti nenek awak. nenek awak telah membela saya dan menjadikan saya anak angkatnya kerana ketika itu nenek awak kesunyian kerana anak-anaknya semua telah berkahwin..
apabila umur saya mencapai 5 tahun tok walid telah datang dan meminta hak penjagaan keatas saya..
kata tok walid, ketika itu dia sudah insaf kerana tidak merestui perhubungan mak dan ayah.
semasa saya berumur 12 tahun, tok walid telah menghantar saya ke united kingdom untuk duduk dengan kakak ayah saya dan meminta supaya saya berlajar disana. jadi saya ikutkan saja arahannya..
sebelum saya berangkat kesana, tok walid telah pertemukan saya dengan nenek awak, mak awak, ayah wak, dan semua saudara mara awak yang mengenali saya..
saya bersekolah disana sampailah saya berusia 17 tahun, saya dikejutkan lagi dengan satu berita yang tergempar..
saya dan kakak ayah saya bergegas pulang ke malaysia apbila mendengar berita tentang kematian tok umi kami (isteri tok walid)..
tok umi saya meninggal kerana sakit tua. tapi mayatnya ditemui mati setelah tiga hari kematiannya.. hal ini kerana, tok walid saya sudah nyanyok dan tok walid berjalan mengelilingi kampung dalam keadaan bogel tanpa seurat benang pun dibadannya..
orang kampung jadi pelik dan pergi kerumah tok umi, tapi tok umi telah pun meninggal dunia ketika itu,.ketika mayat tok umi dijumpai, mayatnya sudahpun berulat dan kembung kerana dibiarkan terlalu lama...
tok walid dihantar ke hospital sakit jiwa kerana penyakitnya semakin menjadi-jadi.. seminggu selepas kami digemparkan dengan kematian tok umi, kami digemparkan pula dengan kematian tok walid di hospital sakit jiwa..
tok walid telah mewasiatkan semua hartanya keatas nama saya sehinggakan kakak ayah saya tidak mendapat ape2 walau satu sen sekalipun..
saya menggunakan suku daripada harta tersebut untuk membuka sebuah hospital sendiri yang kini telah pun tercapai, suku lagi kepada anak yatim dan yang selebihnya saya berikan kepada kakak arwah ayah saya...
bila saya dah buka hospital sendiri, saya berusaha untuk membuka hospital sendiri.. dan sekarang bila saya dah berjaya, saya nak cari orag2 yang banyak membantu saya terutama nenek awak, keluarga awak dan saudara mara awak..
aku: kenapa saya tak tahu cerita pasal ni??
pemangil : mungkin awk tak tanya..
aku: saya simpati dengan kisah hidup awak..
pemangil : saya tak mintak dan saya tak nak pun simpati awak tu..
aku : hish awak nie. orang baru nak mendlami persaan. tak de feel langsung lah..
pemangil : so, dah puas hati??
aku : dah !
pemangil : bolehlah saya dating dengan awak lepas nie kan??
spontan mulutku menjawap "boleh".. eh eh.. kenapa dengan mulut aku nie.. aku menutup mulutku dengan kedua belah tapak tanganku..
pemangil : terima kasih.. :)
peasanan : sekiranya kita diuji dengan pelbagai dugaan yang berat, jangan cepat mengalah.. Allah tidak akan menguji seseorang hambanya lebih dari kemampuan hambanya..
semasa kita sedang diuji sebegini.. beringatlah bahawa Allah sedang berbicara dengan kita. supaya kita lebih mengingatinya dan kebih mendekatkan diri kita dengannya..
tempat mengadu yang sebaik-baiknya hanyalah Dia sahaja..
ambillah wuduk, bentanglah sejadah dan sujudlah kepadanya.. ubahlah segala kesilapan dalam kehidupan kita..