cara kau yang sekarang amat berbeza daripada engkau yang aku pernah kenal dulu.. ya, aku akui, mungkin susah untuk kau menerima perubahan dalam hidup kau yang sekarang nie. tapi itu jalan yang kau piih. kau x dipaksa untuk buat pemilihan ni.
tak baik sungguh kau buat macam ni. semua orang berkecil hati dengan kau. tak patut kau bertalam-talam muka.. ni semua juga bukanlah salah kau, mungkin salah dari cara lenturannya. tapi bila kau dah pilih jalan yang kau ada sekarang, kau kene berubah. kau kene belajar menerima kenyataan.
ape yang dulunya milik aku, sekarang dah juga menjadi milik kau. ape yang kami lalui, kau kene juga lalui. ape masalah kau dengan kami, kau kene cakap. bukannya kau kene bercerita dengan orang luar. biarpun ianya sedarah dengan kau. tapi tu semua bukan untuk kebaikan.
cara kau telah menimbulkan ketidak puasan banyak pihak. aku kini berada di tengah. tidak berpihak pada sesiapa. tapi aku sedih dengan saudara kandungku. dia tidak mengetahui apa-apa.
ya, dulu lain yang dikatakan. sekarang?? apa pula jadinya..
mana pergi semua sifat yang kau pernah miliki dulu?? aku dah tak kenal lagi siapa kau yang sekarang ni?? walau apa pun, aku harap kau dapat berubah. aku tahu kau tahu bagaimana cara kami. jadi aku mintak kau x mencabar kami. dan kalau boleh, kami pun x nak lakukannya.
jangan lah sampai satu tahap nanti kami semua membencimu... apa yang dah terjadi sekarang, biarkanlah ianya menjadi satu pengajaran kepadamu. janganlah ulanginya lagi selepas ini.. satu pesanan aku, jangan sampai aku mula membencimu...
sejujurnya kami semua amat sayang dan kesiankan kau.. kami tahu semua ni bukanlah kehendakmu, tapi engkau yang terlalu manjakannya.. maafkan kami...