majlis akad nikah saudara aku diadakan di dewan sri endon putrajaya pada rabu malam khamis.. aku hanya mengenakan pakaian yang sangt biasa.. memandangkan ramai saudara mara aku daripada arab akan datang jadi aku hanya mengenakan jubah hitam dan tudung berwarna merah..
sudah lama aku tidak bergaya untuk keluar, jadi bila nak keluar je, aku rasa malas untuk berhias beria-ia. punya lah susah untuk kami cari dewan diputrjaya, sehinggakan main pusing-pusing kat dalam putrjaya tu.
kami sekeluarga bertolak dengan 3 buah biji kereta. bukan kerana terlalu ramai ahli keluarga, tidak. tapi ade anak angkat arwah nenek aku tumpang tidur rumah aku untuk pergi ke majlis perkahwinan ini sekali.
sesampai di sana, aku rase amat kerdil tp berkeyakinan tinggi. maklumlah saudara-mara aku semuanya sungguh pandai bergaya. mcm2 gaya aku tengok mereka kenekan. tapi aku, hanya berjubah.
tapi nasib aku baik sebab hampir kesemua saudara mara aku mengenakan jubah..
sebelum masuk ke dewan, kami kene masuk satu pintu ni dulu.. ada dua jalan, yang pertama ke kanan, kalau ke kanan untuk ke toilet dan terus, terus baru lah masuk dewan.. jadi aku dan family aku terus je la sebab nak masuk kedewan.
sedang aku jalan beramai-ramai nak masuk ke dewan aku pandang sekilas ke arah tepi aku. bila aku pandang ke hadapan balik, "dup dap. dup dap.." 'ya Allah, betul ke ape yang aku nampak nie??' aku toleh semula kebelakang untuk pastikan betul ataupun tidak ape yang aku nampak tadi..
"fuh ! selamat.. dia xda.. mungkin aku salah pandang.. tapi kenapa muka dia yang aku nampak??
aku mintak izin dengan mak aku untuk aku ke toilet kejap. jadi aku pusing belakang dan terus menuju ke toilet.. dalam perjalanan aku nak pergi ke toilet tu aku ambik kesempatan untuk tengok kiri dan kanan, kot2 ape yang aku nampak tadi tu betul.. actually, aku nak ke toilet pun bukan sebab nak buat pape, cuma nak tengok je betol ke siapa yang aku nampak tadi..
tengah aku dok pusing-pusing mencari dia, tiba-tiba ada satu suara yang tegur aku daripada belakang, " awak cari saya ke??"...
jantung aku kembali berdegup dengan lajunya.. aku pusing belakang dan senyum.."eh, x lah, saya nak ke toilet.. ape yg doktor buat kat sini?? doktor mengintip saya ek??" soalku dengan penuh kebingungan..
ya la, mana x peliknya, hari tu jumpa kat hospital sebab dia rawat kakak ipar aku, then dye mintak tolong aku belikan dia makanan dan bab yang aku dah lupakan, aku terlanggar dia sampai skrin henfon dia pecah..
"kalau saya boleh mengintip awak, dh lama saya buat. kalau boleh tiap2 hari saya nk pandang awk. btw, saya datang sini sebab dijemput la.. xde pun terlintas nak mengintip awak.." jawap doktor tu penuh selamber..
ergh ! sakitnya hati aku, aku pulak kene balik.. menyampah... aku terus berjalan menuju ke arah dewan... "eh, td kata nak g toilet, x jadi ke??" soal doktor itu dari arah belakang..
haiya.. macam mane aku boleh lupa oo, td kan aku kate nak g toilet... wadusss... tanpa mempedulikan soalan doktor tu tadi aku teruskan saja perjalanan aku walaupun hati aku sakit kerana disindir dan aku terdengar doktor tu tergelak tadi..
keluarga aku lebih senang mengambil tempat duduk di sebelah atas semasa didalam dewan.. sebab x la segan sangat nak makan kan...
bila aku pusing belakang baru aku perasan, doktor tu dari tadi ikut aku.. "buat ape..." belum sempat aku habes soal doktor tu, aku lihat doktor tu menyapa ayah aku dengan begitu mesra sekali seolah olah sudah kenal lama dan doktor tadi juga menyalami ibu aku..
"kakak kenal nie sapa??" soal mak aku..
aku hanya mampu tercengang kat situ.. sandiwara apakah yang sedang berlaku ni?? dengan penuh rase malu, aku mengelengkan kepala...
"ni Asyraf.. mak dia dulu anak angkat arwah maknek(nenek aku belah mak). arwah maknek bela mak dye sebab ayah dia meninggal.. dia ni ada kene mengene dengan abah awok. kiranya kakak dengan asyraf nie pangkat sepupu tapi jauh la.."
what!! sepupu???!!! nooo!!! x mungkin... ya Allah mane aku nak letak muka nie.. patut la dye tahu nama aku.. patut la tanpa segan silu dye mintak tolong aku belikan dia makanan masa kat hospital dulu..
mengikut cerita mak aku, masa dia kecik2 dulu, dia selalu datang rumah, tapi mak aku dah x pernah jumpa dye selepas mak dye kahwen lain n pindah..
kata mak aku, masa aku kecik, aku rapat sangat dengan dye.. tapi kenapa aku x ingat dia??
malam nie merupakan malam yang benar2 menjatuhkan air muka aku.. aku terpaksa duduk semeja dengan si doktor sewel nie.. mak aku la.. g ajak dye makan sekali tu buat ape?? hish !!
aku tidak dapat menghabiskan makanan.. bukan sebab aku diet, tapi sebab hati perut aku dah x betol... aku keluarkan henfon aku daripada beg, konon-konon nak buat sibuk lah.. mlas nak menghadap muka doktor tu..
aku tengok, fon aku ada satu masej daripada "doktor sewel".. aku bukak dan bace..
'jangan masamkan muka.. awak nampak lagi comel.. nnt saya asyik nk pndg awk je.. ;)'
argh ! ngade-ngade.. suka hati aku la.. aku balas 'suka hatilah.. ape yang saya buat x mendatangkan ape2 masalh atau faedah pun pada awk.. so juz ignore it.. n please.. jgn nak buat muka mcm tu depan saya lagi kay.. dah muak saya tengok'.. dan aku tekan butang send...
x sampai seminit masej aku berjawap.. cepat pulak mamat nie balas..
'bnyk mslh kt sya n insya Allah. tu semua dh jadi kebiasaan. percayalah cakp saya, mula2 awk akn kate dah muak tgok, tp lme2 nnt awk akn rindu muke sye ni. :D.'
cis!!! rindu konon... blah la.....
pesanan tuk hari nie.. kata george benard show: kesalahn orang muda ialah mereka berpendapat bahawa kebijaksanaan itu tidak memerlukan pengalaman . sementara kesalahan orang tua ialah berpendapat bahawa pengalaman itu tidak memerlukan kebijaksanaan.. sekian asslamualaikum.. take care :*