yang hidup itu kenangan

hidup adalah perjalanan untuk membangun rumah untuk hati.. mencari penutup lubang-lubang kekecewaan, penderitaan, ketidakpastian, dan keraguan.. akan penuh dengan perjuangan.. dan itu akan membuat sebuah rumah indah.. jalan hidup kita hanya kita yang mampu mengukirnya.. apakah biasa saja atau luar luar biasa, semuanya ada ditangan kita sendiri...

tapi hari ini, aku termenung memikirkan penyesalan dari kesilapan aku sendiri... apakah masih dapat aku mengubah peluang aku atau aku hanya teruskan perjalanan tanpa memikirkan penyesalan yang sentiasa menghatuiku... sesal kemudian hari tiada gunanya... dan sekarang aku terjatuh diatas kesalahaku sendiri, dan aku cube bangkit dengan penyesalan aku..pengalaman mendidik aku untuk lebih berfikiran matang..


****

kisah kami, cerita kami, coretan kami... inilah dia...

siapa sangka, dalam hati yang kecik ini menyimpan 1001 perasaan sayang pada si dia... musuh?? itulah kami.. bermusuh diawal perkenalan... well, guess umur berapa mase tu.. 7 tahun... muda?? memang itu kenyataannya... beremusuh dari 7 tahun... seperti kucing dengan anjing... pantang berjumpe pasti bergaduh... aku akan ejek dia gemok.. dan dye akan ejek aku "minah kepoh" ! kejam sangat...

ada satu ketika dulu.. masa form 2, balik dari sekolah... kami bergaduh dari dalam van.. mulanya hanya menegejek.. tapi aku ni panas baran.. pantang dicabar... bile van berhenti aku turun dari van dan buka pintu belakang.. tarik baju dia turun bawah dan ajak fight! gangster tak?? tapi tersungkur jatuh keluar dari van tu.. aku cakap "kalau x puas hati jom gadoh sekarang" tapi dye bangun dan senyap je.. disebabkan aku terlampau sakit hati tengok dye senyap je, aku hadiahkan dye sebijik penumbok pedas di dadanya... senak dye.. satu van terdiam...

then acik van tu leraikan kiterang n ajak aku naik van balik... balik tu aku menangis.. bukan menangis sebab menyesal, tapi sebab sakit hati.. keras sungguh hati aku...

kebetulan yang sangat menarik.. walaupun dah bermusuh lebih dari lima tahun... aku dengan dye tak pernah terpisah.. satu sekolah, satu kelas, satu lorong rumah, satu van, satu kepala sebenarnya... mak dan family dia pulak selalu berurusan dengan ayah aku atas urusan business... Allah, what a coincidence rite???

pernah sekali kononya berbaik kejap, aku pinjam buku dia, sebab nak tiru jawapan dye... esok tu aku tak g sekolah dan dia didenda... lusa tu mak dia datang rumah aku dan mintak aku pulangkan semula buku tu.. kata mak nya, dia menangis tak nak pergi sekolah sebab takut dimarahi lagi... what?? lelaki menangis kerana takut?? anak manja ! desik hatiku pada ketika itu...

sampai disekolah, bermulalah misi dan visi aku... aku ejek dia "ANAK MANJA!".. dye punye lah marah.. sampai dye tengking aku.. tapi aku keras hati dan acah2 berani.. aku ajak dye fight dalam class.. bile aku dan dye telah berdiri dihadapan kelas untuk bergaduh.. mulalah kawan2 sekelas kami bersorak.. ade yg siap bertaruh , sape menang... kelakar... tapi akhirnya dua2 kalah sebab penolong kelas kami panggil guru disiplin.. the end kami kene denda berdiri diatas pentas...

****

tergelak sorang aku memikirkan kenangan kami yang gila2 nie... ketika ini hanya Allah tahu rindunya aku dekat dya... sentiasa menanti walaupun aku tahu tiada harapan... penantian itu sebenarnya satu proses yang indah, bukanlah satu penyiksaan..dan dalam setiap detik yang aku lalui, tak pernah hilang dya dari ingatan ku...

****

masuk form 3, kami masih dikelas yang sama... hari pertama sekolah, pemilihan ahli jawatan kuasa kelas bermula... dia dicalonkan sebagai ketua kelas dan dia berjaya meraih jawatan tersebut... ketika pemilihan penolong kelas,namaku dicalonkan dan aku mendapat undian tertinggi... terdetik dalam hati aku ketika itu "mati aku, apesal plak dapat jawatan nie??" aku memandang kearah dia dengan wajah tidak berpuas hati... dye hanya tersenyum lebar dengan bibirnya yang aku akui sememangnya pink.. jambu ! "Siap kau" desis hatiku..

kelas jadi kucar kacir bile kami handle.. aku dengan keras kepala aku.. naseb baik dye jenis rajin.. so selalu gak  lah kene buli gan aku...

satu hari ni, semua pemimping kelas (ketua dan penolong) dipanggil berkumpul.. kami harus mengikuti perkhemahan selama 3 hari dua malam... dan kehadiran adalah wajib...

disinilah bermula kisah kami...

****

aku tertunduk lemah... senyum dalam keperitan.. air mata ku tanpa dipaksa mengalir laju... itulah kenangan yang tak mungkin aku dapat kembali.. kini semuanya hilang.. HILANG! aku dah tak hidup lagi dalam memorinya kini... Allah, kuatkan aku ...

****

semasa perkhemahan itu, aku berkumpulan dengannya lagi... Allah memang tak nak aku berpisah dengannya... selepas pembahagian kumpulan, bermulalah pengembaraan kami... dia sentiasa berada dibelakangku sepanjang perjalanan kami menggembara didalam hutan.. well, lelaki kene lah be gentle kan.. jage perempuan.. kerja aku hanya bergaduh dengan dia.. sampai abang2 dan kakak2 senior marah kiterang cakap kiterang macam budak2...

tibalah malam dimana kasih ku tercurah padanya... setiap orang dibahagikan mengikut kumpulan dan diberi peta.. kami akan memasuki hutan secara berkumpulan dan harus mengumpulkan klu... kami mula bergerak pada jam 9 malam dan pada jam 12 malam kami harus keluar daripada hutan tu...

aku ni penakut dengan ular dan cacing... nak dijadikan cerite, semasa dalam perjalanan, aku menyuluh lampu ke tanah dan ternampak cacing yang saiznya boleh tahan besar... "cacing raksasa!!!!" teriak ku seperti orang dirasuk... aku berlari kebelakangnya.. keadaan menjadi pana dan semua mata tertumpu kearahku...

aku hanya tertunduk diam nak menangis kerana terlampau terkejut...
"dah la adek, sikit je tu" sapa seorang kakak senior..
"kite kene mulakan perjalanan sekarang, takut sesat nanti" kata ketua kumpulan kami..
"maaf. saye okay.. kite teruskan je perjalanan" jawapku dalam nada yang lemah..
kami pon mula bergerak... tidak sampai tiga tapak aku melangkah, tanganku disambar dia..
"kau okay x nie?? bagi aku risau lah.." soalnya.. dalam samar cahaya bulan pada malam itu, jelas kelihatan ketampanan wajahnya yg kerisauan..
hish.. tampan??? bile plak aku kate dye tampan... walaupun dye putih, tinggi, bibirnya pink, tapi  pada pandangan aku dia tak kacak! tak hensem ! muktamad !


"ape??? aku okaylah! tak yah nak bajet caring sgt lah... aku tumbok kang.." jawapku dalam nada nyaring tapi separuh berbisik sambil menarik lenganku dari genggamannya...
"hish dia nie.. perangai macam lelaki, tapi dengan cacing pon takut.. cisss" dia berseloroh...
aku yang mendengar kata2nya memusingkan badan kearahnya sambil mataku merenung tajam kearahnya...

kami meneruskan perjalanan.. tiba jam 12 malam.. ketua kumpulan menghentikan perjalanan..
"kita dah sesat" kata ketua kumpulan
kami satu kumpulan terkejut...
"habis tu macam mane nie?? tak akan lah nak duduk dalam hutan ni sampai esok pagi??" sapa satu suara...
"kita tetap kene teruskan perjalanan malam ni jugak. tapi semua kene bagi kerjasama." ayat arahan itu keluar dari mulutnya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.. wajahnya sungguh tenang walaupun pada ketika ini kami telah sesat...
"any suggestion???" tanye ketua kumpulan...
"bagi saya peta tu.." minta si dia...
ketua kumpulan pon menghulurkan peta tersebut kepadaku untuk diberikan kepadanya... dye mengambil peta itu lalu membentangkannya diatas tanah dan menyuluhkan lampu suluh keatas peta tersebut...
"sekarang sepatutnya kite kat mane?" soalnya pada ketua kumpulan.
"kat sini." jawap ketua kumpulan itu sambil menunjukkan jari tulunjuknya diatas peta..
"okay macam nie, memandangkan sekrang dah nak dekat pukul satu pagi, setiap orang harus berjalan dengan pasangan, iylia awak berpasangan dengan aiman, yaty awak dengan zul, umar dan ila, saye dengan ezwa..."katanya berupa arahan...
"so sekarang kite mulakan perjalanan.. bla,, bla.. bla... "leteran panjang yang kami terima darinya.. bukan leteran tapi arahan.. terserlah sifat kepimpinan dalam dirinya pada ketika itu.. sangat matang dan tegas... "jangan berhenti zikir dalam hati.." pesanan terakhir darinya sebelum kami memulakan perjalanan...

akhirnya kami dapat keluar dari hutan tu pada jam 3 pagi... caring sungguh dia kat aku masa dalam perjalanan tu, terharu seketika.. tapi ego aku tinggi.. musuh tetap musuh...

****

keesokkan harinya, kami mendakibukit bersama semua kumpulan termasuk guru.. sampai dipuncaknya.. kami harus berjalan diatas jambatan bergantung untuk balik ke kem.. Allahu.. aku ni kaki gayat... aku buat pilihan untuk berpatah balik ke kem tanpa naik jambatan tersebut... tapi dilarang.. kerana tiada siapa yang berpatah balik dan tiada jalan untuk berpatah balik.. maka dengan kalimah Bismillahirohmanirohim aku meneruskan perjalanan...

aku berada dibelakang si dia pada ketika itu.. ketika itu hanya tuhan yang tahu bertapa gayatnya aku.. lemah lututku untuk meneruskan perjalanan...
"sikit lagi nak sampai ezwa" aku memberi semangat pada diriku sendiri...
sesampai je dipenghujung aku menjejakkan kaki ketanah lalu pitam... ketika itu mata ku gelap.. hanya suara yang riuh aku dengar...
"panggil nadzri!" jerit seorang perempuan...
tidak sampai beberapa minit selepas itu, aku terasa diriku dipangku oleh sesorang..
"ezwa.. r u okay??" suara yang sangat aku kenali....
"nadzri aku lemah" hanya perkataan itu yang keluar dari mulutku...
"takpe.. rilex ezwa... tarik nafas, jangan paksa diri" kata nadzri...
seumur hidup aku kenal dye, inilah kali pertama aku berlembut dalam tutur kataku padanya... kerana ketika itu au lemah.. sangat lemah !

****

sejak dari kejadian tu, aku meminta maaf dan kami jadi kawan baik.. balik dari kem, semua oraang pelik dengan kiterang... bergelak ketawa, study sesama.. gaduh tetap gaduh.. tapi gaduh dalam gurau... sungguh dia jage aku..

****

aku tersentak dari lamunan ku, membuatkan kenangan manis itu semua hilang.. terasa seperti semalam semua ini berlaku... pada ketika itulah aku mengenali siapa Muhammad Nadzri yang sebenar... Allah.. dengan lemah aku menyapa titik muluh jernih yang sedari tadi mengalir dipipiku tanpa henti...

****

"aku nak makan roti canai!" bentakku
"aku nak ayamas.." katanya dengan nada lembut..
"kau ni wa, dah selalu sangatlah makan roti canai.. muke pon dah macam roti canai" kata kawan perempuan ku... bederai ketawa dimulut kawan2 ku yang lain...
"kau x nak sudah, bye.." kata nadzri lalu berjalan menuju ke ayamas..
aku diam terpaku.. kecewa. sedih kerana keinginan ku ditolak... aku terus berjalan laju menuju kearah bas.. aku tekad untuk pulang sorang.. tak matilah walaupun dya tak teman! betak ego hatiku.

semasa dalam perjalanan aku menuju ke bas, aku dengar suara nadzri..
"ezwa mane ezwa??" soal nadzri pada kawan2 aku dalam nada cemas...
"tu... kat sana" jawap mereka...
"Ezwa!!!" jerit nadzri.. tapi aku hanya pekakkan telinga dan teruskan perjalanan.. sekali lagi lengan aku disentap... kali pertama ketika di kem.. kali ini ketika aku ingin melintas jalan untuk menuju kebas...
"tunggulah" kata nadzri..
"kata nak makan ayamas.. pergilah.. " aku berseloroh...
"tak jadi" katanya sambil kami melintas jalan...
"kite g lake valley nak?" ajak nadzri... cube untuk memujuk ku barangkali...
"okay" jawapku lalu toleh kearahnya dengan muke sombong.. ala2 merajuk...

****

"kau tahu tak kenapa aku tak pernah pon pukul kau walaupun kau selalu pukul aku dulu??" soal nadzri padaku..
"sebab kau penakut" jawap ku lalu tergelak... nadzri menjeling tajam kearahku...
"bukanlah" katanya... "sebab aku hormat kau sebagai wanita yg bukan muhrim bagi aku" jawapnya lagi...
"eleh kau.. poyo ! padahal penakut" aku menjelirkan lidah sambil memalingkan muke menghadap air ditasik... terasa tenang.. dengan sejuk angin yang yang bertiup.. indah sungguh ciptaan-Nya..
"tunggulah nanti, mane tahu Allah jadikan kau muhrim aku, mase tu aku balas dendam cukup2" katanya lalu gelak ..
"aku tendang kau karang! dah lah anak manja... baru pinjam buku tak pulang dah nangis mengadu kat mak... hahahahaha" ungkitku...
nadzri menolak kepalaku sambil gelak..
"tapi kau ni baguskan, mase kat hutan hari tu, aku tengok kau memang lain giler.. bijak mengatur rancangan... kau mesti banyak ikut jejak ayah kau kan??" soalku..
"mungkin kot.. tapi aku rasa aku banyak ikut jejak mak aku. sebab mak aku lebih bijak dalam mengatur dirinya dan anak-anaknya seorang diri ." jawapnya dengan muke selambe sambil tenung kearah ku..


"maksud kau??" soalku pelik.
"aku tak kenal siapa ayah aku. aku tak ade ayah." tenang sahaja dia menjawap soalanku.. aku hanya diam.. kerana masih binggung..
"tutup mulut tu, nanti lalat masuk" katanya sambil tangannya mencubit pipiku...
"hish kau nie!" aku tersenyum..
"cantik kau senyum.." tajam mata nadzri melihat kedalam anak mataku ketika bibirnya mengeluarkan kata2...
"dah lame kau x rasa penumbuk masin aku kan??? ayah kau dah meninggal ke??" soalku..
"muke lurus bendul sangat ni apesal?? hahaha.. entahlah.. aku tak kenal ayah aku.. ayah aku tinggalkan keluarga aku masa aku kecik.. " tenang nadzri bercerita.
"dia tinggalkan mak aku terkotang kating sorang2.."sambungnya.."mak aku besarkan anak2 soarang.. tapi bila semua anak2 dah besar, dorang pulak tinggalkan mak aku.. mak aku cuma pernah cakap kat aku, ayah aku mat salleh, tu je.. "matanya mula berkaca.
"kau tak cuba cari ayah kau balik? dan kenapa dia tinggalkan mak kau??" soalan ku bertubi tubi.
"tak.. aku tak tahu macam mana nak cari dia, dan aku tak tahu kat mana nak cari dia. mak aku pon x pernah cerita. aku x nak  lah tanye, sebab aku tak nak tengok mak aku sedih."
"sekarang kau tinggal dengan mak kau  je lah??" soalku lagi
"tak.. dengan mak dan nenek aku.. aku lagi rapat dengan nenek aku berbanding mak aku.  mak aku selalu pergi overseas.." jawapnya dengan tulus...
"sedih citer kau. erh jomlah balik.. bising mak aku kang." aku mengajaknya pulang kerana hari sudah petang..
"aku tak kisah, aku teman kau je.." jawapnya sambil mennggelipkan mata kirinya lalu mencuit hidung aku..

baru aku tahu, wajah yang tenang yg berada dihadapan aku ini rupanya menyimpan 1001 kedukaan dihati.. benarlah kata perpatah, "dont judge a book by its cover".. hanya Allah saje tahu keremukkan dihati dia kala ini...

****

26/3

my birthday... aku tahu, tak ramai yang inagt birthday aku.. sebab yang tahu pon mungkin nadzri je... petang tu kawan2 aku datang rumah.. dorang cakap nak bawak aku pergi somewhere... tapi mataku harus ditutup... suspen...

mata aku ditutup dan dorang bawa aku kesuatu tempat... dorang tinggalkan aku sorang bersama sepucuk surat ditangan... aku buka mata dan membaca surat tersebut..

"disetiap dinding akan ade arah mane kau akan tuju. ikut je. ok? gd luck!
jangan risau. kau sentiasa dalam pemerhatian kami"

ya Allah! teka teki ape pulak nie... aku melihat dinding dihadapanku.. ade anak panah menunjukkan ke kiri dan tulisan "kesana".. aku hanya mengikut anak panah sehinggalah aku keluar dari bangunan tenggendala tu.. aku nmpak ade kerete merc mak nadzri.. aku menuju kearah keretanya.. pintu belakang keretanya terbuka.. 

sesampai aku disana aku lihat ade sekotak kek yang diikat dengan belon berbentuk love dan tulisan" i love you" 

"happy birthday to you!" kawan2 aku datang dari belakang sambil mengucapkan selamat ulang tahun kepada ku... Allah. terharu tidak terkata.... jap! 

"mane nadzri??" soalku sambil anak mata ku melilau mencari bayang nadzri..

"tu".. mas menjuihkan bibirnya..

aku berpaling dan lihat nadzri membawa bear sebesar badanya kearah aku... menangis aku !


****

"kau punya pasal lah aku kene marah!" tengking nadzri padaku dihadapan kelas.. kelas yang tadinya riuh rendah kini menjadi senyap sunyi sepi...

ketika itu aku hanya tunduk malu dan berslah. ye ! memang salah aku kerana tak hantar buku tu... disebabkan aku nadzri yang dimarahi...

aku pulang kerumah dengan perasaan yang bercampur baur... sedih, bersalah dan sebagainya... sesampai dirumah, aku lihat telefon bimbitku ade 10 miss call dari nadzri...

aku hanya mencampakkan fon ketepi dan terus rebahkan diri diatas tilam yang empuk... telefon berdering lagi tanpa henti.. terpapar di srkrin nama "nadzry gemok"... tapi tetap sama.. aku tetap memekakkan telinga aku... bunyi msj masuk..

" aku mintak maaf ezwa, aku tak sengaja nak marah kau tadi. aku tension sangat.. tlg reply."

aku menekan butang off dan melelapkan mata... aku sedar2 jam sudah menunjukkan pukul 7.30 petang... aku on fon... tiada miscall mahupun mesej.. 

rindu?? itu perasaan aku sekarang.. laju jari aku terus mendail number nadzri...
"hello" sapa nadzri dihujung talian..
"nadzri, tengah buat ape tu? soalku lembut .
"tengah sembang gan nenek.. " jawapnya sepatah sepatah..
"mama awak ade?" suara ku tersekat sekat. entah kenapa.. gementar agaknya..
"xde, mama kat perth." aku terdiam seketika memikirkan soalan seterusnya.
"aku nak jumpa kau, boleh? aku memberanikan diri untuk bertanya.
"datanglah rumah, boleh jumpe nenek sekali." suaranya bertukar ceria...
"okay ! jap g aku sampai.. aku siap jap. bye". aku mematikan talian...

ketika aku sedang bersiap siap, telefon bimbit aku berdering... aku lihat terpapar nama nadzri lagi.. aneh, kenapa dia call aku lagi. tak jadi jumpe lah tu.. bisik hati kecilku lalu mengangkat telefon..

"hello," terdengar sayu sahaja dihujung talian.. "nadzri, r u ok??" soalku lagi..
"ezwa....." hanya namaku sahaja yang meniti dibibirnya..
"nadzri, kenapa ni?? jangan bagi aku risau weyh !" marahku
"nenek, ezwa" tangisannya semakin ku dengari disebalik talian..
"Allah. kejap aku datang." hatiku mule tidak keruan.. aku mematikan panggilan dan segera kerumahnya...

__________________________

aku memasuki rumahnya.. Allah... aku terkaku.. kini didepan mataaku terkujur tubuh seseorang diatas ribaan orang yang aku mulai sayang...

"nenek aku ezwa..." kata nadzri dalam tangisnya...
ye.. nenek kau dah tak ada nadzri.. kini kau dah hilang semangat utama kau.. kau dah hilang teman , sahabatdan tempat mengadu kau... bisik hati ku.. inilah kali pertama aku melihat dye menangis.. selama ini tidak pernah setitik pon air matanya aku lihat..

'Ya Allah, kuatkanah orang yang aku sayangi ni ya Allah.. tabahkan hatinya' aku terduduk lalu menangis.. sedih bukan kerana pemergian neneknya.. tapi kerana semangat yg kini hilang pada diri nadzri...

_________________________

seminggu nadzri tidak kesekolah, dan selama seminggu itu jugaklah aku sentiasa menghantar makanan kerumahnya... aku sedih.. setiap kali aku menghantar makanan kepadanya, tidak pernah lepas senyuman dari bibirnya yang aku lihat.. Allah.. kuat sungguh dirimu sayang...

"luse aku nak pergi umrah dengan mak aku.." kata nadzri.
"ape??? apehal mengejut beb?? asal tak pergi sekarang je???" soalku dalam nada terkejut... sungguh aku terkejut.. kenapa baru bagitahu..
"aku perlukan masa.." katanya... aku hanya diam membisu..
"kenapa diam je?? takut rindu aku lah tu.. kan??? sapa nadzri..
"cisss... mulut kau tak boleh kuangjaq lagi ke??" pekikku sambil memukul lengannya... ye.. aku takut aku rindu kau ! tanpa aku sedar, sekarang kau dah jadi orang yang terpenting dalam hidup aku...
"salah ke?? kau suka aku kan??" katanya lagi sambil mencucuk hidungku dengan hujung sudu teh..
aku merampas sudu tersebut..
"nak air lagi tak??? aku nak order..." soalku... inilah tempat aku selalu lepak dengannya minum kopi..


"ezwa.." panggilnya..
"hurmmm.." jawapku lalu memandang kearahnya yang berada dihadapan ku...
"sepanjang aku xde nanti kau jaga diri kau elok2 tau.. jage hati.." pesannya..
"kau ingat aku bebudak ke.. aku dah besar kay???" bentakku
"lintas jalan pon x pandai, caing takut! dah besar apanya... pada aku kau tu budak lagi... kanak2 riang..." nadzri menghabiskan katanya dengan leraian gelak yang besar..
selepas pemergian neneknye, inilah kali pertama aku dapat melihat semula gelaknya... gelak dimana tersimpan beribu kedukaan dan kebebanan..


__________________________________________

dua minggu nadzri tiada... sungguh aku rindu.. aku sangat ingin berjumpa dengannya.. walaupun dua kali sehari dia menghubungi aku.. pada ketika ini baru aku sedar bertapa bernilainya seseorang itu bile berada didepan mata kita.. bila dia ade, aku sia2 kan.. sekarang aku yang tanggung rindu.. padan muka aku!

__________________________________________


cemburu, rupanya dia juga manusia biasa yang x lari dari perasaan cemburu tu.. aku berjalan menuju ke libarary bersama seorang kawan lelaki sekelas ku, kami rancang inigin study group bersama.. dalam perjalan tertibe tudungku ditari dari belakang...

"nadzri!!!!!!" pekikku.. nadzri lari menuju ke kelas.. aku yang benggang pon terus mengejarnya dan melupa kan study group tersebut....

sesampai di kelas..

"kau apehal??!!" soalku dalam nada marah..
"saje... aku rindu nak gaduh gan kau.." selorohnya..
aku menjeling tajam kearahnya...

****

ape yang mampu aku lakukan kini hanya mengibau kembali cerita dan kenangan kami.. Allahu.. rindu, sunyi!

****

masuk form 4, aku didesak oleh keluargaku untuk berpindah ke sekolah lain.. ketika itu lah kami berpisah buat pertama kalinya.. selama 9 tahun kami x pernah berpisah... kali ini harus berpisah...

tapi perpisahan ini tidak langsung mengugat persahabatan kami... kami tetap bersahabat seperti biasa.. cuma jarang berjumpa...

pertengah form 5, nadzri memberi tahu aku dia akan keumrah... semasa dia disana, dia lebih kerap menghubungiku berbanding sebelom nie... katanya balik dari umrah nanti ade sesuatu yang dia ingin katakan pada aku...

tak sabarnya lah ! aku menunggu dengan penuh kesabaran sehinggalah tiba hari kepulangannya.. aku berjumpe dengannya pada malam itu...

****

kolah air mataku pecah.. tidak tertahan lagi.. sungguh.. tidak pernah aku jangka itulah kali terakhir aku menatap rupanya... Allah.. bilahlah Allah ingin kembalikan dia semula pada aku.. aku rindu! rindu ini tidak tertanggung... sungguh tidak tertanggung...

menanti dan sentiasa menanti... menanti kepulangan yang entah bila akan pulang.. sedih, kecewa...

****

"nadzri!!" panggilku sambil melambaikan tangan kearahnya... nadzri berjalan menuju kearah ku yg duduk di hujung restoran itu... nadzri melambaikan tangannya.dari jauh aku kelihatan bayangnya.. rindu sungguh..

"hye ezwa.. sehat?" soal nadzri yg baru tiba dimeja makan lalu  mengambil tempat duduknya dihadapan aku...

"sihat. cume sakit sikit.. rindu kau." jawap ku jujur. nadzri hanya tersenyum dan memandangku redup...

"order?" sapa seorang perempuan yang bekerja direstoran tu..
"fresh oren" kata nadzri. aku terkejut...
"sejak bile kau minat fresh oren?? bukan kau anti sgt ke fresh oren ni??"soalku dengan muke binggung..
"aku order untuk kau, bukan untuk aku.." jawapnya slamber..
"horlicks ice satu untuk si gemok nie.tu je. makan nanti.." kataku pada akak tersebut..
akak itu tersenyum lalu beredar...

"hah, kau nak cakap ape gan aku??" aku menyapa nadzri.. nadzri hanya merenung sambil tersenyum kearah ku..
"kau giler ke ape dok senyum2, senggih2.." aku memandangnya dengan muke pelik...
"aku rasa lain macam lah." katanya.
"kau rasa ape? nak mati?" soalku dengan muke srius..
"ciss mulut kau.. carut sangat !"
aku tergelak mendengar kata2nya..
"aku rasa aku sayang kau" sambungnya lagi...
"kau giler, sape tak sayang membe.. lagi2 aku comel kan???" kataku sambil menegerlip mata kearahnya..
"haah. kau memang cantik.. memang comel.. sebab tu aku tertarik.." katanya lagi..
"nadzri...." kataku... aku terkaku dan menundukkan pandangan.. perasaan ku ketika ini tidak dapat ku ungkap..
"dah lame aku simpan perasaan ni kat kau ezwa.. kau tahu kenapa mase kat kem hari tu bila kau pitam semua panggil aku?? sebab dorang tahu aku sayang kau! dorang tahu hanya aku boleh jage kau. tahan dengan perangai kau. sape lagi yang tahan dengan perangai budak kau tu kalau bukan aku???" panjang lebar nadzri menerangkan..
"nadzri..." hanya namanya saja yang mampu aku sebut.. aku sebak.. aku sedih.. aku tak tahu kenapa ini perasaan aku pada ketika ini...

"ezwa... jangan kecewakan aku. please.. jangan fikir terburu buru.. aku tahu kau selalu buat keputusan yang menegecewakan di awal waktu... aku sayang kau ezwa.. sebab tu aku tak pernah balas ape kau buat kat aku. kau special sangat pada aku.." rayu nadzri..
"maafkan aku.." aku berdiri lalu beredar dari situ..

****
itulah kali terakhir aku melihatnya.. aku pergi tanpa menoleh lagi... aku terus pulang kerumah tanpa memikirkan perasaannya.. kenapa perasaan sayang itu berubah jadi cinta??? kenapa??? aku buntu pada ketika itu... saat itulah segala jani pasti bersatu kami terlerai..

****

seminggu berlalu.. aku cuba menghubunginya, tapi gagal.. dia hilang menyepikan diri.. entah dimana dirinya sekarang..  akhirnya kawan sekolahnya kata dia sekarang di Zurich.. dye berhenti sekolah dan berpindah kesana.. tambahannya lagi SPM nanti dia akan jawap disini... aku sangat berharap dapat berjumpanya..

****

tapi harapan hanya tinggal harapan, ketika menjawap SPM, kelibatnya pon aku tidak kelihatan dirumah.. pada ketika itu harapan aku hancur.. aku tekad untuk melupankanya.. sampainya hati nadzri kerana langsung tidak menghubungiku.. dia tidak rindukan aku kah? bagaimana keadaan dia sekarang??

****

setelah mengambil result SPM disekolah baru ku.. aku bergegas ke sekolah lamaku dengan harapan nadzri juga turut pulang untuk mengambil resultnya.. tapi aku kecewa lagi ! bayangnya masih tiada.. malah kata kawan ku resultnya akan dipostkan kesana.. Allah!!! dugaan apakah ini??

****
salah aku! kenapa aku selalu mempersoalkan mengapa ini terjadi pada aku? dan kenapa dia buat begini padaku?? aku lupa sebenarnya aku sedang melawan takdir Allah.. mengapa aku tidak pernah tanya diriku, dimana salah aku sehingga semua ini terjadi.. dan kenapa aku tidak pernah soal, mengapa Allah izinkan semua ini terjadi...

aku give up dan pasrah.. aku tekad melupakannya dan kini aku jalani kehidupan aku seperti biasa... setahun lebih sudah berlalu.. masih tiada bayangnya...

****

dalam asyik menung melayan perasaanku, pintu rumahku diketuk.. aku berjalan menuju keintu rumah utnuk melihat siapa yang datang... tiada siapa ! "siapa yang ketuk??" bisik hati kecilku.. aku toleh kebelakang kerana ingin memasuki rumah semula..

"akak!"sapa suara seorang kanak2..
"nisha, buat ape kt sini?? "soalku pada anak jiranku..nisha hanya diam dan menghulurkan sepucuk kertas yang berada ditangannya... aku mengapainya dan mengucapkan terima kasih sambil tanganku mengusap kepala anak kecil itu.. nisha berlalu pergi..

aku kehairanan, sape yang bagi.. lalu aku membuka kertas tersebut..

"manusia makhluk istimewa. namun tiada yang sempurna.. pastinya manusia adalah pelupa.. dan satu hari nanti pastinya awak akan melupakan saya, nama saya, suara saya, dan siapa saya pada awak.. kerana disisi awak pada waktu itu telah ada yang lebih istimewa tampa saya kelak.. tapi awak perlu tahu, dengan mengenali dan menjadi sahabat awak walau seketika, itu adalah satu anugerah dan kenangan yang teristimewa yang pernah dan telah tercatat dalam kamus kehidupan saya.. " 

kaku! aku terkaku diam... diam seribu bahasa..


______________________________________________________________________________

thats all .. aku hilang akal dah nak type sambungan untuk cerita nie.. any sambungan yang korang ade boleh emailkan kt @sharifahezwaezlyna.yahoo.com . yang terbaik akan dipilih.. sekiranya ade sedikit kekurangan kami akan baikinya.. dan akan dipostkan di blog ini.. juga akan dihadiahkan.. jadi jangan lupe emailakan sekali alamat anda ye.. terimasss...