keluh

Perancagan Allah itu Maha Sempurna


dalam dakapan angin sepi, ku elus semilir pilu...
bukan aku ingin menolak takdir
bukan juga kerana aku mengeluh...
tapi sebenarnya 
aku dah letih jadi letih...

bukan aku tak kuat, tapi aku dah x mampu untuk berlagak kuat
aku dah terlampau kuat sehingga aku mengalah ditahap ini...



terasa ingin bawak diri pergi jauh dari sini...
kadang2 aku juga perlukan masa untuk aku berseorangan...
dah puas aku mencari kekuatan
dah letih aku bermonolog
aku perlukan rehat..
rehat untuk mindaku
untuk diriku

bukan aku tidak bersyukur,
tapi kekadang aku mengeluh
sampai bilakah semua ini?



bukan aku cenggeng...
wanita yg hanya tahu menangis dan mengeluh tanpa usaha..
bukan aku!
aku cube kuat,
aku bertahan
melemparkan senyuman walaupun dalam hati terluka besar...


aku sayang
aku kesian
aku sedang melatih diriku
kerana itu aku masih kuat disini..

dalam melangkah menuju keredhaan 
banyak dugaanku...
tak pernah putus..
sayangnya Allah padaku..

dia memberi aku ujian untuk aku kuat
untuk aku berlajar erti kehidupan
untuk aku bersyukur
untuk aku matang
subhan Allah...

aku teguhkan hati yg dah utuh
aku kuatkan semangat yang dah luntur..
bukan untuk diri aku saja
tapi untuk harapan


harapan yang tinggi 
tak mungkin aku kecewakan
kerana 
hanya inilah masa untuk aku berkorban...
bila semuanya dah terpejam
tinggal aku sorang
dalam keadaan khilaf sepanjang hari..

pengalaman dah banyak mengajar aku erti syukur...
dalam kesesatan menuju kegelapan
aku tersedar dengan satu hembusan 
hembusan keinsafan..



betul...
apa yang dah jadi x dapat dikembalikan..
tapi aku bersyukur
kerana Allah masih beri aku kesempatan 
kesempatan untuk mendapatkan balik diri aku...


tak semua dapat peluang seperti yang aku dapat...
itu pun aku masih belum bersyukurkah??


kekadang hati berbisik
"rebahlah kau kemudian hari"
tapi bile terkenangkan wajah kedua ibu bapaku
maka
kuatlah aku kerana Allah
juga kerana mereka...

moga hati ini terus teguh dan istiqomah!