Cerita Kami,Kehidupan kami

Assalamualaikum.hye Sharifah Ezwa Ezlyna bt Syed Yusof Firstly,aku nak terus terang kat sini,aku tak berapa pandai nak menulis macam kau.Bagi aku tu semua tak penting,yang penting ikhlas dari hati aku.Aku menulis bukan untuk menyakitkan hati sesiapa,tetapi hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati.
Pekenalan dengan seorang gadis  tanpa diduga.Allah menemukan kita berdua tanpa kita sendiri tidak sedar.Perkenalan kita bermula dari “kayu kayu”.Hahaha mungkin orang luar tak faham kan.Tapi jika ditanya bagaimana persahabatan kita bermula?Ya,jawapannya ialah kayu.Subjek KHB yang memerlukan semua pelajar membuat kerja khursus iaitu membuak “mini rak” denga menggunkan kayu.Sebelum ni kau ada tegur aku dalam kelas,tapi aku sombong atas sebab aku tak suka masuk kelas tu.aku memberontak.So,aku memang mengaku aku “tangan kayu” tak reti nak buat bende bnde macam tu.Bila tiba masa Cikgu suruh hantar petang tu,aku kelam kabut sebab aku antara pelajar yang tak siap lagi.Kau dah siap masa tu.Aku pergi dekat kau,aku mintak tolong dengan kau.Tapi sebenanye 100 peratus keje tu kau yang buat dan aku hanya tukang tengok.Bila kene hantar,Cikgu pilih yang terbaik.Aku punya “mini rak” yang kene puji sebab sgt kemas.Tapi,kau punya langsung cikgu tak puji.hahaha.Malam tu aku mesej kau cakap terima kasih ape semua.Bermula dari situ kegilaan kita terjadi.
Kalau aku malas dating sekolah,ka upon tak dating.Kalau kau tak dating,aku pon tak dating.Kita memang dalam kelas tu antara pelajar yang nakal dalam diam.Duduk belakang sekali,kalau malas belajar keluar kat pintu belakang.Keluar pegi toilet mesti balik kelas bila waktu belajar dah habis.Kita tak cari gaduh dengan orang,tapi kalau org buat kita,malam tu mesti kita plan nak kne kan org tu dan esok….habis lah orang tu.hahaha.Cikgu sampai malas nak tegur sebab asyik becakap je dlm kelas.Tapi bila exam,result mesti terbaik punyaaa kecuali Math je yg kantoi.Kalau Agama kau boleh dpat 99 peratus,kau ghase seksi ke idok?hahaha.Paling best bila kau tengah minum,aku buat lawak pastu air tersembur kene kain aku.hahaha aku geram aku bukak botol air terus siram kat kau.Lastly dua dua balik basah kuyup sedangkan tak hujan masa tu.hahaha.


We are young
So let’s set the world on fire
We can burn brighter than the sun


Tu semua mungkin menjadi kenangan yang sangat terindah dalam persahabatan kita.Terlalu manis sehingga ada orang ketiga yang cemburu.Tapi persahabatan yang ikhlas dengan kasih saying macam adik beradik sendiri,kami masih bersama.Sakit,suka,susah dan senang dirasa bersama.Jika salah seorang sakit,salah seorang lagi pasti ada ubatnya.Salah seorang jatuh,pasti salah seorang lagi menghulurkan tangan tanpa disuruh.Kami seperti tangan kanan dan kiri.Jika tiada salah satu,masih boleh bergerak sendiri tetapi jika ada keduanya pasti akan sempurna.Aku kakaknya.Dia adikku.Bahu aku menjadi dia lentokkan kepala bila dia letih atau sedih,telinga dia menjadi pendengar yang setia bila aku sedih atau gembira.
Jika  Allah kurniakan aku kawan yang beribu sekalipun,hanya engkau yang Berjaya menjadi pemenangnya.Aku mengaku kadang kala aku lupa,aku terlalu bz dengan dunia luar dan pelajaran aku sekarang.Aku leka dengan semua tu sampai aku mengabaikan kau.Aku mengaku,bila aku kat tempat lain,apa aku makan,mesti aku ingat nak bungkus lagi satu sebab nak bagi kau.Pernah sekali aku makan spaghetti,aku pun tak tahu kenapa aku makan bende tu sedangkan aku tak berapa minat sangat.Bila tengah makan aku terdetik nak bungkuskan dekat kau sebab tu makanan kegemaran kau kan.Bila aku dah oder,aku bawak balik bilik.Eh baru aku teringat,sekarang aku kat IPB,bukan kat rumah.Ya Allah aku rindu sangat dekat kau masa tu.Sebelum aku belajar,aku belikan kau makanan apa yang aku makan.Bila aku masuk kat class,aku teringat kau.Sungguh tak pernah sehari pun aku lupa kau walaupun kadang kadang kita tak contec.Tapi percayalah,aku tetap saying kau bodoh.Si Bodoh dan Si Bangang.haha nama samara kita.
kau masih berdiri
kita masih di sini
tunjukkan pada dunia
arti sahabat
kau teman sejati
kita teman sejati
hadapilan dunia
genggam tanganku







Lepas ni mungkin semuanya akan berubah perlahan lahan.Kau bakal menjadi hak milik orang lain selepas Umi dan Abah.Aku risau,bila kau dah bahagia nanti,siapa nak jadi bahu tempat aku menangis lepas ni?siapa nak lap air mata aku?siapa nak jadi peneman aku bila aku sunyi?siapa nak jadi kawan aku yang boleh layan otak gila aku?siapa nak layan cerita mengarut aku?siapa?mungkin awal awal aku rasa kehilangan seorang sahabat,tapi insyaallah dengan izin Allah,aku akan okey.Aku bahagia kalau kau bahagia.Doa aku tak putus untuk kau walaupun kau dah menjadi hak orang lain.Persahabatn kita akan jadi lebih “gila” bila hadirnya “orang lain” yang dikurniakan kepada kau.Insyaallah aku kuat bila kau kuat dan aku senyum bila kau tersenyum.Terima kasih sebab menjadi seorang sahabat yang aku tak boleh cari pegantinya.Terima kasih.

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do
You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye




       
  Iylia Hazirah Abd Rahim a.k.a Yaya