Baris Askara

ada masa mulut tak mampu berkata.. hanya linangan air mata mampu menceritakan derita yang menimpa.. aku hanya insan biasa.. yang tak pernah lari dari kecewanya jiwa.. Allah.. mahu saja menjerit dan menumpahkan segala isi hati sehingga ada yang memahami.. rasa itu aku pendam sendiri.. biar makan hati janji menepati..

walau sukar menerima aku harus mencoba.. mungkin ada benar juga ape yang berada dibenaknya.. hanya aku yang tidak mengerti.. sebenarnya, aku tidak terbuka hati untuk semua ini.. sebab itu aku rasa ini satu penyiksaan.. aku siksa diri sendiri demi belajar erti memahami.. sukar untuk aku teruskan bila rasa itu aku rasa semakin pudar..

aku tak tahu kesudahan ini. aku duduk dalam syak wasangka berpanjangan yang tiada pujuk rayunya.. hilang kemana semua rasa itu dalam dirinya.. hilang rasa kasihan.. adakala aku terasa manusia jenis apakah ini, langsung tiada tolak ansur.. perit kau tahu?

kata2 itu tak berhenti menghentam aku hari demi hari.. aku rasa kejamnya kau sebagai manusia buat aku jatuh seteruk ini.. dimana rasa perikemanusiaan. aku pegang dengan satu janji. dan aku akan tunggu sehingga ianya tertunai..