Biar Jadi Rahsia

Terkadang terlalu menyatakan rindu buat kita rasa tak diperlukan.
Terlalu mempamerkan sayang buat kita sering rasa terbuang.
Terlalu meluahkan cinta buat kita kerap dihimpit kecewa.
Terlalu merasa kasih buat kita rasa tersisih.

Ada baiknya kita simpan apa yang kita rasa.
Biar jadi rahsia.

Kita jadi biasa biasa saja.
Seperti tiada apa apa.
Biar kita jauh dari rasa luka.
Tapi itulah cinta.
Bukan sebanyak mana kita menerima tapi seikhlas mana kita memberi dan berkongsi rasa.
Kerana ikhlas itu sukar disukat tapi amat mudah diperlihat.
Terlahir dalam setiap apa yang kita buat 🌸